web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Muda Perak Dilantik Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 12:41PM

Raja Jaafar Raja Muda Musa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, pelantikan itu dibuat berikutan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong.

Ia susulan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom.

Menurut Ayop, pelantikan Raja Jaafar adalah seperti diperuntukkan mengikut Perkara 33(1) Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa hari ini.

“Selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Kedua, Perkara 15, dalam tempoh menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong, baginda berkenan melantik Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

“Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan itu terdiri daripada Pengerusi iaitu Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan dua orang ahli,” katanya.

Menurut Ayop, dua ahli di dalam jemaah berkenaan ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Seri Agar Diraja, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Sultan Nazrin akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan baginda ke United Kingdom mulai hari ini. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang