web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Slogan Keluarga Malaysia Retorik Semata-Mata - PEJUANG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 5:38PM

Akif Rusli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang diasaskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri, adalah retorik semata-mata, dakwa Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG).

Ketua Penerangan PEJUANG, Akif Rusli berkata, pelantikan abang Ismail Sabri sebagai pengerusi sebuah agensi berkaitan kerajaan (GLC) sama sekali tidak mencerminkan konsep yang dilaungkan.

“Ia lebih kepada sentimen ‘keluarga sendiri’ sebenarnya,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pelantikan ahli keluarga mana-mana pemimpin politik berpengaruh menggambarkan sifat tamak mereka, dan ia turut dibuktikan menerusi pelantikan adik Ahli Parlimen Cameron Highlands sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JKHEOA).

“Menyandang jawatan bagi tujuan mendapatkan habuan adalah keutamaan kerajaan ketika ini yang tidak jauh bezanya dengan Perikatan Nasional (PN).

“Budaya mengagihkan laba politik demi kepentingan peribadi ini mesti dihentikan demi kepentingan bangsa dan tanah air,” tegasnya.

Jelas Akif, tindakan meminimakan anggota pentadbiran kerajaan mampu membantu pihak berkaitan menjaga kebajikan rakyat dengan lebih efektif kerana sumber kewangan negara dapat difokuskan kepada aspek tersebut.

“Usaha dan langkah terbaik adalah dengan mewujudkan barisan kabinet dalam jumlah lebih kecil dan menghentikan budaya pelantikan penasihat yang tidak memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.

“Ia juga mampu memanfaatkan khidmat penjawat awam seperti Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam setiap kementerian dengan lebih mendalam, khususnya bagi hal berkaitan dasar,” katanya. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang