web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyenggaraan Aset Kritikal Berjalan Ikut Jadual - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 5:58PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) berjalan mengikut jadual bermula jam 9 pagi tadi.

Kerja-kerja penyenggaraan aset utama tersebut dijangka siap pada jam 11 malam hari ini.

Jurucakap Air Selangor berkata, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat bermula jam 5 petang esok setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Tempoh masa gangguan serta pemulihan bekalan air di semua kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam pada Sabtu ini,” jelasnya.

Air Selangor juga katanya, akan menyediakan bantuan air alternatif melalui lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta upacara pengebumian.

“Orang ramai boleh mendapatkan senarai lengkap kawasan yang terjejas, Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Air Komersial di pautan hentitugas.airselangor.com.

“Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” ujarnya. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Komitmen Kewangan Punca Warga Emas Masih Bekerja Selepas Usia Persaraan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 48 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 53 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang