web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tukar Segera Jenama Arak - Mufti Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 5:03PM

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengarahkan pada kadar segera pertukaran nama arak berjenama ‘Timah’ yang dikeluarkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan ini perlu dilaksanakan demi memelihara suasana harmoni yang terbentuk sejak sekian lama di Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya amat kesal dengan pembuatan wiski berkenaan yang menggunakan nama dan logo menggambarkan seorang lelaki Melayu.

“Seperti yang sedia maklum, untuk masyarakat Melayu, ‘Timah’ adalah singkatan nama Fatimah iaitu nama puteri Rasulullah SAW yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada daripada aliran Ahlil Sunnah Wal Jamaah atau Syiah.

“Justeru, menjenamakan arak dengan ‘Timah’ dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku,” katanya hari ini.

Wan Salim berkata, pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu tersebut agar tidak menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon kerajaan mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenama dan gambar di botol kepada sesuatu yang tidak menyinggung sensitiviti umat Islam.

“Kita juga berharap agar pemimpin politik tanah air terutamanya yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol itu,” jelasnya.

Terdahulu, pengeluaran wiski tersebut telah dikecam hebat oleh netizen, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ia turut menerima bantahan PAS, iaitu antara parti yang membentuk gabungan kerajaan.

Minuman tersebut bukan sekadar menggunakan nama yang sinonim dengan masyarakat Islam tempatan, bahkan turut mengguna pakai imej seorang lelaki berkopiah dan berjanggut.

Syarikat tersebut bagaimanapun semalam berkata, penggunaan nama Timah itu merujuk kepada bahan galian berkenaan yang banyak di negara ini suatu ketika dulu.

Gambar yang digunakan pada botol itu pula didakwa milik Kapten Tristram Speedy, seorang pegawai Inggeris semasa penjajahan British di Tanah Melayu. - Getaran, 18 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Pembekuan Lesen Baharu Jualan Minuman Keras: Tiada Pemansuhan Dibuat - DBKL

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki