web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Terima Aduan 156 Pengeluar Susu Formula Bayi - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 3:43PM

Khairy berkata kesemua syarikat itu telah dikenakan tindakan penalti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 156 aduan melibatkan 62 syarikat produk susu formula bayi telah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perlanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam tempoh dua tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua syarikat itu telah dikenakan tindakan penalti.

Menurut beliau, ia mencakupi amaran bertulis, penggantungan penapisan bahan sehingga dua tahun, pemberitahuan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Persatuan Antarabangsa Pengeluar-Pengeluar Makanan bayi dan kenyataan akhbar.

“Sebagai langkah terakhir syarikat terbabit akan disenarai hitam bagi pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan yang diadukan,” katanya di sini.

Khairy berkata, Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan sejak tahun 1979 dilaksanakan berdasarkan International Code of Breast Milk Substitutes dan resolusi World Health Assembly yang berkaitan.

“Matlamat pelaksanaan tata etika tersebut adalah untuk melindungi dan mempertahankan amalan penyusuan susu ibu, serta melindungi kaum ibu daripada pengaruh promosi dan pengiklanan produk berkaitan yang tidak beretika,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 55 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global