web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Rokok Di Lapangan Perlu Dipantau Lebih Kerap - MCTC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 12:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran makan di restoran kepada individu lengkap dua dos vaksin COVID-19 amat memberi kelegaan kepada orang awam untuk menjamu selera di luar rumah masing-masing.

Bagaimanapun, ia dicemari pula golongan perokok yang masih terbawa perangai lama dan tidak mengendahkan larangan merokok di restoran walaupun terpampang di dinding premis makanan.

Ini terbukti apabila timbul beberapa kes perokok bertindak ganas, termasuk memaki hamun atau bergaduh dengan pemilik serta pekerja premis dan pengunjung yang menegur perbuatan mereka.

Sikap mementingkan diri sendiri itu bukan sahaja mengingkari undang-undang ditetapkan, malah turut tidak menghormati hak orang lain yang mahu berada dalam keadaan selesa ketika menikmati hidangan.

Disebabkan itu, arahan dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, supaya larangan merokok di premis makanan dipertingkatkan menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak, termasuk masyarakat umum dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC).

Menerusi ciapan di Twitternya, Khairy mengesahkan larangan merokok di tempat awam khususnya di premis makanan akan dikuatkuasakan dengan lebih ketat menerusi pemantauan di lapangan.

“Susulan arahan untuk penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap larangan merokok ditempat awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa berada di lapangan untuk melaksanakan operasi pematuhan,” ujarnya.

Seorang pelayar Twitter dari @cheapremebrand menyambut baik tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Namun, beliau turut menyentuh mengenai kelemahan aspek penguatkuasaan, walaupun peraturan khusus berhubung perkara terbabit sudah diwujudkan sekian lama.

“Terima kasih Yang Berhormat. Penguatkuasaan sebelum ini mengguna pakai platform WhatsApp adalah baik namun segala laporan dibuat seperti cubaan menjaringkan gol kerana masih tidak dapat diambil tindakan

“Diharap laksana dengan lebih ketat. Kami dah letih nak bergaduh dengan orang yang duduk membelakangkan papan tanda ‘dilarang merokok’ sambal menghembus asap.” luahnya.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung MCTC, Muhammad Sha’ani Abdullah menegaskan, tindakan tersebut wajar dilakukan bagi membendung penularan wabak COVID-19, selain melindungi orang ramai daripada menjadi perokok pasif.

Muhammad Sha’ani Abdullah
Muhammad Sha’ani Abdullah

Beliau berkata, arahan semula penguatkuasaan ini sangat penting kerana pihaknya kecewa melihat aktiviti merokok kembali aktif di tempat makan dan awam.

“Inisiatif yang dijalankan Khairy kita sambut baik kerana perokok dan pemilik kedai seolah-olah melupakan larangan yang pernah dikuatkuasakan, sejak kedai makan kembali dibenarkan beroperasi. Namun, penguatkuasaan perlu dilakukan secara agresif.

“Ini kerana di Malaysia, bila usaha dijalankan untuk mendidik komuniti menerusi cara sangat halus dan lembut akan jadi tak berapa efektif seperti pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Sha’ani mengharapkan pelaksanaan pemantauan terbabit juga perlu dipantau secara berkala dan kerap untuk menilai tahap keberkesanannya.

Jelasnya, penilaian itu membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil kira penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap penguatkuasaan sedia ada bagi menjayakan sasaran ditetapkan.

“Oleh itu, pemantauan perlu dengan lebih tegas dan kerap kerana asap rokok yang dihembuskan perokok berisiko membawa virus ke udara.

“Tambahan pula kebiasaannya, orang ramai akan membuka pelitup muka mereka ketika berada di kedai makan. Perkara itu kita risaukan, jadi lebih baik kita mencegah segala kemungkinan,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang