web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Bukti Isu Kesihatan Jadi Keutamaan Kerajaan Tangani COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 11:40AM

Datuk Dr Anas Alam Faizli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM32.4 bilion untuk Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Bajet 2022 membuktikan kerajaan meletakkan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, pihaknya berpuas hati dengan pembentangan belanjawan itu yang memberi penekanan kepada sektor kesihatan awam dan terus meletakkan usaha memerangi COVID-19 sebagai keutamaan.

Menurut beliau, jumlah peruntukan yang diterima itu juga selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu untuk menstruktur semula sistem kesihatan negara.

“ProtectHealth, agensi di bawah KKM akan terus mengutamakan penjagaan kesihatan golongan B40 menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan itu (PeKa B40) dan meringankan bebanan kerajaan dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kami juga akan terus membantu KKM dalam usaha pemberian dos penggalak kepada golongan dewasa dan program vaksinasi kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun melalui pembabitan pengamal perubatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya di sini.

Dr Anas mengesahkan, sehingga 29 Oktober, ProtectHealth telah menyumbang 48 peratus daripada jumlah keseluruhan vaksinasi di Malaysia iaitu bersamaan 23,576,102 dos menerusi PICK.

Pada masa sama, beliau berkata, agensinya akan terus menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat yang disentuh dalam Bajet 2022, bagi memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Penekanan kesedaran awam dan pengesanan serta rawatan masalah penyakit tidak berjangkit di peringkat awal amat penting.

“Ini kerana ia akan memberi faedah besar untuk tempoh jangka panjang seperti meningkatkan kualiti kehidupan dan menjimatkan kos perbelanjaan rawatan penyakit berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Anas menjelaskan, ProtectHealth telah melaksanakan saringan kesihatan terhadap lebih 530,000 individu layak di seluruh Malaysia menerusi PeKa B40, sehingga 30 September lalu.

“Daripada jumlah ini, lebih 40 peratus dikesan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit.

“Justeru, ProtectHealth akan terus komited untuk melaksanakan lebih banyak program jangka luar dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan mereka yang layak untuk skim PeKa B40 ini menerima manfaatnya,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, ProtectHealth turut menyokong peruntukan RM70 juta untuk terus memastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan.

“Antaranya adalah untuk memperkukuh perkhidmatan sokongan, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi serta memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental.

“ProtectHealth akan memainkan peranan penting berhubung perkara itu melalui kajian Program Kesejahteraan yang membolehkan penerima skim PeKa B40 menikmati manfaat lain berkaitan kesihatan mental,” katanya. - Getaran, 4 November  2021.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Bajet 2022: Di Manakah Moratorium Buat Rakyat?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Kontrak Terus Berdepan Sistem ‘Perhambaan Moden’ - JPKK

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelantikan Pengarah Wanita Majukan Kaum Hawa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Semak Semula Bajet 2022, Kurangkan Beban Hutang Negara - Tun M

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi