web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekerja Kontrak Terus Berdepan Sistem ‘Perhambaan Moden’ - JPKK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 11:50AM

Bajet 2022 gagal menghargai jasa golongan kakitangan kontrak seperti pekerja pembersihan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) kesal apabila nasib dan tuntutan pekerja kontrak seperti diperjuangkan mereka selama ini, tidak disentuh dalam Bajet 2022 yang dibentangkan minggu lalu.

Jurucakap JPKK berkata, pembentangan itu gagal menghargai jasa golongan tersebut dalam kalangan kakitangan barisan hadapan, seperti pekerja pembersihan, tukang kebun, petugas keselamatan di hospital dan sekolah serta doktor kontrak.

Jelasnya, walaupun bekerja dalam ancaman wabak sebagai pekerja barisan hadapan yang terdedah kepada penyakit dan sisa operasi, jasa mereka tidak dihargai, malah keadaan persekitarannya terus terabai umpama sistem ‘perhambaan moden’.

“Hasil kajian kami (mengenai isu pekerja kontrak) sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada 18 Disember 2020.

“Kami juga sudah menyalurkan cadangan kami kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, tetapi kami tidak melihat sebarang indikasi berkenaan isu ini dalam perutusan Menteri Kewangan ketika pengumuman bajet pada Jumaat lepas,” katanya hari ini.

Menurut beliau, sejak perkhidmatan pembersihan dan keselamatan diswastakan pada tahun 1997, golongan itu menjadi pekerja kontrak yang hilang jaminan pekerjaan dan kenaikan gaji tahunan.

Katanya, pekerja kontrak terus dimangsakan di bawah kontraktor swasta yang bertukar setiap dua hingga lima tahun.

Lebih menyedihkan, jelasnya, ramai pekerja kontrak itu yang bekerja sehingga dua dekad di bangunan sama, tetapi masih dihantui ancaman diberhentikan kerja di akhir kontrak.

“Gaji mereka pula terikat pada kadar gaji minimum. Masalah bayaran gaji seperti kiraan kerja lebih masa dan cuti yang tidak munasabah, selain bayaran lambat berbulan-bulan lamanya terus berleluasa di seluruh negara.

“Ramai mengadu mereka bekerja tanpa cuti tetapi tidak pula mereka diiktiraf sebagai barisan hadapan untuk menikmati elaun istimewa. Ini bukan caranya untuk kita hargai pengorbanan mereka,” katanya.

Pada masa sama, jurucakap JPKK berkata, kajian dijalankan pihaknya membuktikan sekurang-kurangnya RM250 juta boleh dijimatkan sekiranya kerajaan menyerap kumpulan pekerja kontrak itu sebagai pekerja tetap awam, sekali gus membantu memulihkan keadaan ekonomi negara.

Langkah terbabit katanya, mampu menyediakan sekurang-kurangnya 20,000 peluang pekerjaan tambahan di seluruh negara.

Menerusi usaha berkenaan, jelasnya, hak asasi pekerja kontrak turut lebih terjamin di bawah sistem kerja tetap, selain kenaikan gaji dan pencen.

“Langkah penjimatan ini juga sangat rasional lebih-lebih lagi kerana 250,000 pekerja pembersihan, keselamatan dan tukang kebun akan mendapat manfaatnya,” katanya.

Mengulas lanjut, JPKK berkata, perkara kedua yang amat merunsingkan pekerja kontrak adalah kadar gaji mereka yang terikat dengan gaji minimum RM1,200.

Namun, tidak ada sebarang kenyataan dibuat mengenai kenaikan gaji minima, walaupun Menteri Sumber Manusia ada mengatakan akan mengumumkan berita baik untuk golongan pekerja mengenai gaji minimum dalam forum anjuran Gabungan Marhaen.

Paras gaji minima golongan pekerja itu, katanya, terlalu rendah dan sepatutnya disemak semula, malah sudah tiba masanya untuk kerajaan menghormati Seksyen 11 Akta Buruh 1955 yang menyatakan bahawa kerja tetap seperti dilaksanakan kumpulan pekerja ini tidak boleh diupah dibawah sistem kontrak.

“Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memainkan peranan lebih pro-aktif dalam memastikan hak pekerja barisan hadapan di sekolah terjamin.

“Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah berada di bawah menteri baharu diharapkan dapat membawa perubahan kepada barisan hadapan hospital.

“Perlaksanaan cadangan ini bukan sahaja satu langkah bijak, malah membuktikan bahawa kerajaan mengambil serius akan kebajikan golongan yang paling terkesan di bangunan sendiri,” katanya. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Bajet 2022: Di Manakah Moratorium Buat Rakyat?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bajet 2022 Bukti Isu Kesihatan Jadi Keutamaan Kerajaan Tangani COVID-19

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelantikan Pengarah Wanita Majukan Kaum Hawa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Semak Semula Bajet 2022, Kurangkan Beban Hutang Negara - Tun M

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang