web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Pajak Gadai Tanpa Lesen, 11 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 5:52PM

Mohd Fauzi Hassan (dua dari kanan) menunjukkan iklan pajak gadai dan barang rampasan semasa sidang media berhubung operasi serbuan 4 pemegang pajak gadai tidak berlesen, di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 11 individu ditahan dalam serbuan ke atas empat premis pajak gadai tidak berlesen, Oktober lalu.

Ia termasuk premis di Masai, Johor dan Lembah Klang.

Ketua Cawangan Siasatan dan Pemantauan (Bahagian Kawalan Kredit Komuniti) KPKT, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Fauzi Hassan berkata, serbuan itu dibuat hasil daripada risikan, maklumat dan aduan orang awam.

Menurut beliau, pelbagai jenis barang kemas termasuk gelang, subang, rantai dan cincin yang dianggarkan bernilai RM99,855 dan wang tunai berjumlah RM13,437 turut dirampas pihak berkuasa.

"Selain barang kemas dan wang tunai, pelbagai peralatan termasuk alat penimbang emas, cecair asid penguji ketulenan emas,komputer riba dan surat menyerupai resit pajak gadai turut dirampas," katanya pada sidang media hari ini.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya telah membuka empat kertas siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan apabila kertas siasatan lengkap, kita akan serahkannya ke bahagian undang-undang untuk tindakan pendakwaan di Mahkamah di Petaling Jaya dan Johor Bahru,” katanya.

Difahamkan, tiga daripada empat suspek terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, manakala seorang lagi akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor.

"Siasatan juga mendapati kedai pajak gadai haram berkenaan mengenakan kadar faedah lebih tinggi berbanding premis berlesen, antara 3 hingga 5 peratus sebulan, sekali gus melebihi apa yang ditetapkan mengikut Akta 81 iaitu 2 peratus sebulan.

Menurutnya, semua pajak gadai tanpa lesen berkenaan menggunakan modus operandi hampir sama, dengan tidak menyimpan barang pajakan barang yang dipajak dalam premis terbabit.

"Ini melanggar Seksyen 16(2) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 kerana setiap barang yang dipajak di premis terbabit, perlu disimpan di premis berkenaan. Selain itu, pemajak yang ingin menebus barangan mereka perlu menghubungi premis sehari lebih awal.

"Jika di premis pajak yang berlesen, tiada amalan seperti itu (menghubungi sebelum hadir) untuk mengambil kembali barang yang dipajak, malah pemajak di semua premis terlibat juga tidak diberi surat pajak gadai bagi mengelak aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa," katanya. - Getaran, 18 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah