web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Najib Ketepi 7 Tuduhan Ditolak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 11:45AM

Tujuh pertuduhan Najib dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengenepikan tujuh pertuduhan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Ketika ini, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding terakhir pada 18 Mei iaitu hampir tujuh bulan lalu, Najib mengemukakan 307 alasan mengapa dirinya tidak patut didapati bersalah terhadap kesemua tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC.

Penyokong Najib berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan untuk memberi sokongan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Penyokong Najib berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan untuk memberi sokongan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Antara lain beliau menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membuat keputusan mensabitkannya pada 28 Julai 2020, gagal menimbangkan bahawa ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low menipu dan memanipulasi akaun bank miliknya.

Ahli Parlimen Pekan itu juga mendakwa, Mohd Nazlan terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa pembelaannya mengenai sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud melalui tiga surat, sebagai cerita rekaan semata-mata.

Mengikut prosiding yang dijadualkan di mahkamah itu, rayuan Najib ditetapkan untuk pendengaran selama 12 hari yang meliputi tiga fasa bermula 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April.

Namun atas permohonan pembelaan, panel tiga hakim itu memutuskan untuk melanjutkan prosiding dari 27 hingga 28 April serta 6 Mei lalu.

Penyokong Najib berkumpul di perkarangan Mahkamah Rayuan memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu. - Gambar oleh Sairien Nafis
Penyokong Najib berkumpul di perkarangan Mahkamah Rayuan memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berada di pihak pendakwaan manakala Najib selaku perayu diwakili Muhammad Shafee.

Pada 17 Oktober 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dijatuhkan bagi kes kesalahan penyalahgunaan kedudukan, jika tidak dipenjara lima tahun.

Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah kemudian membenarkan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta berserta dua penjamin. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi