web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Lokasi Persaraan Ke-3 Terbaik Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 8:01PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang menduduki tangga ketiga sebagai pulau terbaik di dunia dan pertama di Asia untuk menjalani usia persaraan pada 2021.

Menerusi senarai yang diterbitkan oleh International Living itu, negeri berkenaan yang turut dikenali sebagai Pulau Mutiara digambarkan kaya dengan pelbagai budaya, kulinari dan hubungan baik dengan negara lain di rantau ini.

Lebih membanggakan, Pulau Pinang menduduki tempat tersebut selepas Malta dan Mallorca di Sepanyol, sekali gus membuktikan keupayaannya untuk menewaskan beberapa destinasi terkemuka di ASEAN seperti Bali di Indonesia, Koh Samui (Thailand) dan Phu Quoc (Vietnam).

Kejayaan tersebut dikongsikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menegaskan negeri tersebut terus mencatatkan kejayaan sebagai antara lokasi kegemaran rakyat tempatan dan warga asing. 

“Kerajaan negeri menggalakkan kehidupan yang lestari.  Kami berusaha mencari jalan untuk semua orang hidup lebih baik dan berterima kasih di atas pujian diberikan terhadap Pulau Pinang. 

“Negeri ini istimewa, gaya hidup di Pulau Pinang adalah mesra rakyat dan terbaik di dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, menerusi artikel diterbitkan oleh internationalliving.com pada 14 Disember lalu, Pulau Pinang disebut sebagai lokasi yang menjadi kegemaran kalangan ekspatriat selama beberapa dekad. 

“Sebagai bekas kawasan empayar British, masyarakat negeri ini yang bertutur dalam bahasa Inggeris juga memudahkan ekspatriat Amerika Utara untuk menyesuaikan diri. 

“Penduduknya juga mesra dan saling membantu malah golongan pesara atau warga emas juga boleh berkomunikasi  dengan mereka dalam bahasa Inggeris,” lapor artikel itu. 

Menerusi laporan sama, Pulau Pinang digambarkan sebagai sebuah negeri yang memiliki kedudukan strategik kerana terletak di bahagian tengah ASEAN, sekali gus memudahkan perjalanan ke destinasi lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

“Dalam beberapa jam, anda boleh berada di pantai berpasir putih di Filipina atau melihat kuil emas di Myanmar. Malah Australia dan New Zealand juga hanya beberapa jam dari sini (Pulau Pinang),” katanya. 

Selain itu, artikel tersebut turut menggambarkan Pulau Pinang sebagai syurga penggemar makanan yang dipenuhi pelbagai juadah enak. - Getaran, 17 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka