web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agensi Kerajaan, Johor Military Force Bersedia Hadapi Banjir -TMJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Dec 2021 2:04PM

Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor telah bersiap-sedia menyediakan kelengkapan barang bantuan pada kadar segera.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Johor dilihat sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir ketika musim tengkujuh, mencakupi proses menyelamat dan bantuan kepada mangsa.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitter berkata, semua agensi kerajaan telah bersiap siaga di daerah yang dijangka dilanda bencana itu.

Pada masa sama, baginda juga telah mengerakkan pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force) bagi bersiap sedia menyediakan kelengkapan barang bantuan pada kadar segera.

“Ini adalah laporan pagi ini yang saya terima. Semua agensi dan kakitangan sudah bersedia di daerah yang mungkin mengalami banjir. Johor Military Force juga sudah bersedia untuk dikerahkan dengan menyediakan barang barang bantuan,” ciap baginda.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad turut mengesahkan bahawa Johor telah bersiap sedia kerana negeri itu tidak akan berkompromi dengan sebarang kelewatan dalam sebarang misi menyelamat.

Nyawa dan keselamatan rakyat katanya, adalah keutamaan yang akan diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.

“Semua agensi yang terlibat telah diarahkan untuk menjalani latihan penyelarasan bagi menghadapi bencana di luar jangkaan.

“Ia bagi memastikan gerak kerja menyelamat dan proses pemberian bantuan semasa banjir dapat diselaraskan dengan baik pada kadar segera.

Getaran sebelum ini melaporkan gesaan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor, Farhan Ashari agar kerajaan Johor sentiasa berwaspada dan memantau sebarang perubahan cuaca yang dilihat tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, tindakan itu bagi membolehkan penduduk bersiap siaga, sekiranya berlaku fenomena hujan lebat yang boleh mengakibatkan kejadian banjir sekelip mata seperti di Selangor serta Pahang, baru-baru ini. - Getaran, 31 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang