web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Peruntukan Tidak Bermakna 144 Atlet Negara Perlu Digugurkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 9:00AM

Jun Hoong antara atlet yang digugurkan daripada Program Latihan Majlis Sukan Negara. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mempertimbang semula pemberhentian 144 atlet negara daripada Program Latihan Majlis Sukan Negara (MSN).

Keputusan berkenaan nyata mengejutkan, apabila ia turut melibatkan atlet bertaraf dunia yang berpotensi menyumbang pingat buat negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, hanya 288 daripada 432 atlet dikekalkan untuk memenangi pingat di Sukan SEA di Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou tahun ini.

Chua Wei Kiat
Chua Wei Kiat

“Seorang bekas juara dunia atlet acara terjun, Cheong Jun Hoong turut menjadi mangsa apabila diberhentikan dengan alasan prestasi kurang memberangsangkan sejak 2018 dan faktor usia.

“Adakah kita hanya perlu fokus kepada atlet untuk memenangi pingat sahaja sedangkan negara perlu bersedia melahirkan atlet pelapis yang berpotensi?

“Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada atlet sama ada dari segi kebajikan serta pembangunan sukan terutama latihan untuk atlet,” katanya kepada Getaran.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan MSN memberhentikan 144 atlet daripada program latihan, termasuk yang pernah bergelar juara dunia.

Memetik ketiadaan bajet sebagai faktor, MSN berkata sektor sukan hanya menerima peruntukan sebanyak RM244 juta di bawah Belanjawan 2022.

Terdahulu, atlet skuasy yang pernah menduduki tangga kelima dunia Low Wee Wern, memberikan reaksi duka setelah digugurkan.

Low Wee Wern - Gambar Bernama
Low Wee Wern - Gambar Bernama

“Rasanya seperti habis madu sepah dibuang,” luahnya.

Wee Wern baru-baru ini menjalani pembedahan lutut dan sedang berada dalam fasa pemulihan, sebagai persediaan ke Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun ini.

Bagaimanapun, keputusan terbabit tidak mematah semangat beliau untuk bergelar pemain terbaik dunia, apabila memutuskan untuk bergerak secara solo.

Wei Kiat menarik perhatian, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu bijak mengatur strategi dalam menggunakan peruntukan bagi pembangunan ekonomi sukan dan pada masa sama, menguruskan COVID-19 dalam sektor berkenaan secara berkesan.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berkata, adalah lebih baik jika kerajaan berhenti membazir jutaan ringgit menerusi pelantikan duta khas bertaraf antarabangsa yang sama sekali tidak berfungsi.

“AMK menggesa pihak kerajaan mempertimbang semula pemotongan dana kerana perkara ini menjejaskan pembangunan sukan negara, sekali gus merencatkan usaha melahirkan atlet pelapis.

“Sebarang lantikan yang membawa kepada pembaziran perlu dibatalkan dan pulangkan semula peruntukan kepada industri sukan agar negara mampu menghasilkan atlet bertaraf dunia,” tambahnya. - Getaran, 6 Januari 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

4

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki