web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembantu Peniaga Tak Mengaku Salah Dera 7 Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 2:36PM

Muhamad Faizal mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dan mengabaikan tujuh anaknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang pembantu peniaga pasar awam dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendera tujuh anaknya, tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Faizal Abdul Kudus, 42, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid dan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan dan mengabaikan tujuh anaknya yang berumur lima hingga 14 tahun antara Januari hingga Disember tahun lalu, di kediaman mereka di pangsapuri Mutiara Idaman, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid dan Muhammad Shahrezal Mohd Shukri, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Md Idris.

Semasa prosiding, Rais Imran enggan menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana bimbang keselamatan mangsa dan saksi.

Namun, Md Yusuf memohon jumlah jaminan yang munasabah, kerana tertuduh bekerja sebagai pembantu peniaga di sebuah pasar awam dengan pendapatan sebulan RM1,200, selain menghidap diabetes kronik, darah tinggi dan asma.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi tujuh pertuduhan tersebut dengan seorang penjamin.

Selain itu, syarat tambahan lain yang dikenakan ke atas tertuduh ialah pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan, serta dilarang tinggal serumah dengan semua mangsa.

Hakim turut melarang tertuduh, keluarganya atau mana-mana wakil mendekati dan mengganggu mangsa serta semua saksi.

Sementara itu di Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Faizal mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya, Ummu Nabilah Md Ehzwan, 42, di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Faizal didakwa mencederakan leher dan anggota badan isterinya di lokasi serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Asri Abdul Hamid.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan syarat tidak boleh mendekati atau mengganggu pengadu.

Kesemua lapan pertuduhan itu ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen 11 Februari depan. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

3

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi