web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AJL35 Jadi Rujukan Acara Siaran Langsung Dengan SOP Ketat - KSU KKMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 8:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terbitan TV3 boleh dijadikan sebagai rujukan bagi penganjuran acara hiburan secara siaran langsung dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, pada masa akan datang.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata program hiburan itu menjadi contoh bagi penganjuran acara secara langsung dalam keadaan negara sedang berusaha mengawal wabak COVID-19 khususnya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelas beliau, bagi AJL35 yang akan berlangsung malam ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKMM telah menetapkan SOP lebih ketat bagi mengelak berlaku penularan COVID-19.

“Ini (AJL) boleh dijadikan penanda aras untuk mana-mana (acara) siaran langsung yang akan diadakan kelak kerana kita dan MKN telah menggariskan SOP yang amat ketat dengan penekanan prinsip pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan aktiviti sanitasi.

“Untuk AJL35, kita juga tetapkan setiap persembahan artis dihadkan kepada enam individu di atas pentas dan tanpa kehadiran penonton,” katanya ketika ditemu bual Buletin Utama TV3 selepas membuat pemantauan pematuhan SOP pada sesi raptai penuh AJL35 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam semalam.

AJL35 yang mempertandingkan 12 lagu adalah edisi AJL yang pertama bersiaran langsung tanpa kehadiran penonton untuk mengekang penularan wabak penyakit itu.

MKN sebelum ini menetapkan semua jenis acara, pertunjukan, penggambaran dan persembahan langsung dalam industri kreatif di dewan, audtiorium, premis seni, pusat konvensyen, stadium dan studio dibenarkan di kawasan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) tanpa kehadiran penonton, dan jumlah pengurusan, artis serta kru terhad kepada 70 peratus di kawasan PKPB dan 100 peratus bagi PKPP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Selepas 17 Tahun Akhirnya Alif Satar Genggam Trofi AJL, Akui Lebih ‘Nervous’ Jadi Peserta Berbanding Hos

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi