web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Cerminan Muhibah Rakyat Malaysia - Jemaah Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2022 2:08PM

Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum duduk semeja menjamah makanan di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri disifatkan sebagai satu rahmat buat Keluarga Malaysia, selepas dua tahun perayaan utama negara itu tidak dapat diraikan dengan meriah berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) telah memberi peluang untuk umat Islam menyambut Aidilfitri seperti sebelum ini.

Lebih mengujakan menurutnya, ada pengunjung yang ditemui telah tiba sejak jam 5 pagi bagi bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara lebih dekat di samping mahu meraikan Aidilfitri.

“Alhamdullilah saya tengok sambutan sangat menggalakkan dan tadi saya beramah mesra dengan pengunjung, bila saya tanya dari mana, majoriti datang dari luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Saya lihat ada satu keluarga Cina beratur sejak enam pagi untuk sama-sama menyambut rumah terbuka pagi ini.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih bagi pihak barisan Kabinet,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau teruja kerana rumah terbuka sempena perayaan Aidilfitri terus mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

Menurut beliau, ini merupakan gambaran terbaik bahawa semangat hidup majmuk perlu dipelihara kerana merupakan keunikan yang ada buat negara.

“Nampak suasana muhibah tidak kira umat Islam atau tidak kerana semua datang bersama beraya dan inilah perpaduan nasional yang patut kita pegang.

“Kunjung mengunjung, salam bersalaman merupakan budaya baik dan dah dua tahun kita tak buat sambutan ini. Jadi, saya rasa ramai yang rindu.

“Orang ramai di sini bukan sahaja dapat berjumpa Perdana Menteri malah ramai kawan-kawan kita (menteri) dapat jumpa kerana saya tahu ramai yang rindu untuk hadir ke majlis rumah terbuka,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kehadiran ramai pengunjung merupakan satu perkara yang telah dijangkakan.

Jelasnya, ia membuktikan rakyat mahukan sebuah negara yang bersatu padu.

“Cuaca pun baik dan orang ramai nak tahu rumah perdana menteri. Menariknya pengunjung begitu ramai dan mereka daripada pelbagai etnik jadi semua kaum dan orang asing pun ada. Ini petanda yang baik untuk negara.

“Menurut pengamatan saya, sambutan amat luar biasa. Kita harap perpaduan ini akan berkekalan bukan sahaja di dalam majlis ini namun sampai bila-bila di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri turut merakamkan kesyukuran kerana sudah terlalu lama tidak melihat suasana semeriah ini.

“Saya kagum melihat ramai yang datang dari pelbagai agama dan kaum.

“Saya lihat suasana sungguh luar biasa dan tetamu yang hadir sudah pasti akan melebihi jangkauan.

“Jadi, sambutan ini perlu jadi titik ukur agar perpaduan di negara ini dapat dikukuhkan, sekali gus memupuk suasana masyarakat majmuk dengan lebih baik,” katanya.

Seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri, bermula 10 pagi tadi hingga 4 petang, di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Getaran, 8 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Latihan Pendaratan Helikopter Di Bangunan Perdana Putra, Seri Perdana Bermula Esok

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Ilmu MADANI Lahirkan Masyarakat Cintai Ilmu, Fahami Konsep Adab Dan Akhlak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rakyat Teruja Jumpa, Swafoto Bersama Agong Di Rumah Terbuka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi