web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Ubat Di Fasiliti Kesihatan KKM Mencukupi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 3:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Bekalan ubat-ubatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada di hospital atau klinik kesihatan KKM adalah mencukupi dan tidak berlaku gangguan bekalan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Buat masa ini tiada masalah. Bekalan (ubat-ubatan) sentiasa mencukupi, kita sentiasa pantau untuk memastikan tahap stok ubat-ubatan di fasiliti kami mencukupi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal akibat permintaan tinggi selepas pandemik COVID-19 dan pembukaan semula aktiviti ekonomi.

Khairy bagaimanapun berkata situasi tersebut dilaporkan berlaku di fasiliti kesihatan swasta termasuk farmasi.

Menurutnya, antara maklum balas yang diterima KKM dalam sesi libat urus dengan pihak industri farmaseutikal pada 2 Jun lepas bagi mendapatkan gambaran mengenai bekalan ubat-ubatan yang dihasilkan di Malaysia atau diimport, adalah berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk merawat cirit-birit, demam, selesema, batuk, antibiotik dan vitamin C.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk bekerjasama dengan persatuan farmasi di Malaysia termasuk pengeluar ubat-ubatan untuk mencari bekalan alternatif sekiranya masalah kekurangan itu berterusan.

Beliau juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha KKM Datuk Harjeet Singh untuk menyediakan perancangan serta strategi jangka sederhana dan panjang sebagai persiapan sekiranya masalah bekalan ubat-ubatan berlaku di fasiliti kesihatan KKM.

“Kami (KKM) perlu ada strategi (tangani kekurangan bekalan ubat-ubatan) sama ada cari sumber pasaran dari negara baharu atau bekerjasama dengan industri farmaseutikal tempatan agar bekalan tidak terjejas di masa hadapan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy mahu pengarah dan ketua jabatan fasiliti kesihatan KKM untuk melaporkan segera sekiranya berlaku kekurangan tenaga kerja atau kekosongan jawatan di fasiliti masing-masing bagi mengelak berlaku bebanan tugas dalam kalangan pegawai perubatan sedia ada.

“Saya sendiri tidak puas hati kalau ada aduan berhubung situasi ini,” katanya mengulas luahan pengguna akaun Twitter yang mendakwa isterinya terpaksa bertugas secara ‘on call’ setiap hari, selama tiga bulan kerana rakan sekerja mengambil cuti bersalin.

Khairy berkata pihaknya sedang menunggu laporan daripada pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan budaya buli di hospital KKM bagi mencari penyelesaian berhubung jadual kerja, etika kerja dan elaun ‘on call’.

“Kami bagi dua bulan kepada pasukan khas untuk keluarkan satu laporan menyeluruh. Sudah tiga minggu pasukan ini bekerja dan berbaki lagi lima minggu untuk siapkan laporan,” katanya.

Bagi melancarkan tugas pasukan khas itu, Khairy menggesa semua pegawai perubatan KKM untuk memberi maklum balas terhadap borang kaji selidik yang telah die-mel kepada mereka.

“Survey (kaji selidik) ini penting kerana terdapat soalan mendalam mengenai persekitaran kerja di KKM,” katanya serta menambah ketika ini seramai 40,000 pegawai perubatan KKM telah melengkapkan borang kaji selidik berkenaan.

Beliau menyasarkan 60,000 pegawai perubatan KKM untuk turut serta dalam kaji selidik itu bagi memastikan maklumat tepat dan menyeluruh diterima pasukan khas terbabit yang ditubuhkan bulan lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan