web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Makanan Negara Naik 93 Peratus, Inflasi Selangor, Putrajaya Catat Peningkatan Tertinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 8:37PM

Harga ikan yang sebelum ini ‘mampu milik’ dan menjadi pilihan pengguna, turut naik mendadak. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan kenaikan produk makanan serta mencatatkan peningkatan inflasi barangan itu, masing-masing pada kadar sehingga 93 peratus dan 5.2 peratus bulan lalu yang menjadi jumlah tertinggi dicatatkan sejak November 2011.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada 93 peratus itu, sebanyak 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada lima peratus, manakala 37.7 peratus (meningkat lima hingga 10 peratus) dan 32.9 peratus (meningkat melebihi 10 peratus).

Menurut beliau, punca kenaikan harga ayam turut menyebabkan kos makanan meningkat, di samping peningkatan permintaan ternakan tersebut dalam kalangan pengguna.

“Ayam yang menjadi komponen terbesar dalam subkumpulan daging, iaitu 46.1 peratus meningkat sebanyak 13.4 peratus, berbanding 7.5 peratus pada April 2022 dengan purata harga ayam pada Mei 2022 adalah RM9.70 sekilogram, berbanding RM8.44 pada Mei 2021.

“Lonjakan harga sayur di pasaran ketika ini pula berpunca daripada peningkatan harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan keadaan cuaca.

“Antara sayur yang menunjukkan kenaikan tertinggi tahun ke tahun pada Mei 2022 adalah lada benggala, iaitu 29.5 peratus, bendi (22.9 peratus), tomato (19.6 peratus), kacang buncis (19.0 peratus) dan bayam (18.5 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, harga ikan yang sebelum ini ‘mampu milik’ dan menjadi pilihan pengguna, turut naik mendadak, antaranya ikan pelaling yang meningkat kepada RM14.04, ikan keli (RM10.05) dan ikan kembong (RM16.65).

Mengulas tentang inflasi di peringkat negeri pula, menurut beliau, Selangor dan Putrajaya mencatatkan peningkatan tertinggi, iaitu 3.7 peratus, disusuli Kedah, Perlis, Sabah dan Labuan dengan masing-masing 2.2 peratus, manakala Melaka (2.1 peratus).

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan ketara bagi inflasi makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan Selangor dan Putrajaya, masing-masing 6.7 peratus.

“Ini diikuti Johor sebanyak 6.0 peratus, Pulau Pinang (5.8 peratus) dan Perak (5.2 peratus),” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir menegaskan peningkatan inflasi makanan adalah disebabkan makanan di rumah dan makanan di luar rumah, masing-masing meningkat ketara sebanyak 5.5 peratus serta 5.1 peratus.

Menurut beliau, sub kumpulan daging mencatatkan peningkatan tertinggi, dengan 9.5 peratus pada Mei lalu disebabkan permintaan tinggi pada musim perayaan.

“Peningkatan ini turut diikuti dengan kenaikan sayur (8.1 peratus), susu, keju dan telur (8.0 peratus), ikan dan makanan laut (4.3 peratus) serta minyak dan lemak (3.7 peratus).

“Manakala kenaikan ketara bagi makanan di luar rumah dapat dilihat bagi nasi berlauk, membabitkan 8.3 peratus, roti canai (7.8 peratus), makanan berasaskan mi (5.7 peratus) dan masakan ayam (5.1 peratus),” katanya. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad