web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gaji Tak Cukup, Inflasi Seksa Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jul 2022 5:20PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 71 peratus rakyat mengesahkan bahawa gaji diperoleh tidak mencukupi untuk menampung inflasi makanan dan barangan, bagi tempoh beberapa bulan akan datang.

Perkara itu didedahkan Pusat Kajian Undian UCSI menerusi tinjauan ke atas 1,178 responden, bagi mendapatkan pandangan orang ramai terhadap kenaikan harga barang di negara ini. 

Jurucakap pusat kajian tersebut menerusi kenyataan memaklumkan,  90 peratus rakyat ketika ini terpaksa menghadapi kenaikan harga barangan harian rumah sejak Mei lalu. 

"Kajian turut mendapati, sebanyak 86 peratus responden telah berdepan kenaikan harga daging sejak dua bulan lepas.

"Kenaikan harga buah dan sayur (85 peratus), kenaikan harga produk import (81 peratus), kenaikan produk elektrik (80 peratus) dan kenaikan harga barang kemas (77 peratus) turut berlaku," katanya, hari ini. 

Terdahulu, Jemaah Menteri pada 29 Jun lalu bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup

Perdana Menteri berkata, pasukan khas dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai. 

Jelasnya, ini dilakukan bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan dalam menyelesaikan isu berkaitan inflasi, termasuk mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien.

Dalam pada itu, Pusat Kajian Undian UCSI turut mendedahkan, 84 peratus rakyat bersetuju apabila diberitahu negara ketika ini sedang berhadapan dengan inflasi.

Seramai 16 peratus responden juga sepakat mengatakan bahawa status kewangan masing-masing akan bertambah baik dalam tempoh tiga atau enam bulan lagi.

“Sebanyak 45 peratus responden pula berpendapat, kewangan mereka akan bertambah teruk manakala 39 peratus kekal sama,” katanya. 

Jelasnya, bantuan diberikan kerajaan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mungkin tidak akan  mampu meredakan keresahan rakyat.

"Majoriti responden berdepan kenaikan harga bagi barangan keperluan dan kehendak. Kerajaan cuba membantu rakyat B40 berdepan situasi ini dengan memberi tambahan RM100 bagi isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang yang layak melalui BKM.

"Namun dengan kurangnya keyakinan terhadap situasi kewangan bagi tempoh tiga atau enam bulan ke depan, mampukah ia membantu rakyat Malaysia berdepan kesukaran kewangan?” soalnya. - Getaran, 1 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

2

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah