web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Dijangka Benarkan ‘Kanabis Perubatan’ Tahun Depan, ‘Haram’ Untuk Peribadi, Rekreasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 1:16PM

Kerangka bagi pendaftaran produk CBD dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka menghapuskan kanabis daripada senarai narkotik bagi kegunaan perubatan pada tahun depan, namun penggunaan tumbuhan itu untuk tujuan rekreasi diharamkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya mahu melaksanakan penyelidikan pendaftaran produk cannabidiol (CBD) untuk tujuan perubatan terlebih dahulu agar tiada pihak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran kerajaan untuk meluluskan penggunaan kanabis.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil tindakan berhati-hati dalam meluluskan penggunaan kanabis mengikut amalan antarabangsa dan berdasarkan data saintifik diperoleh menerusi kajian terperinci penyelidik.

“Kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk CBD yang dijangka pada tahun ini. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan menilai cadangan tersebut dan saya sasarkan tahun depan kita dah boleh mula daftar produk tersebut.

“Namun, yang penting bukan hanya produk itu sendiri, sebaliknya kesahihannya kita kena lihat data dan keselamatan untuk merawat penyakit tertentu, selain dari segi pendidikan saintifik yang perlu diberikan kepada pegawai perubatan di Malaysia.

“Sebab itu, CBD ini hanya untuk tujuan perubatan, bukan untuk kegunaan sendiri, malah jauh sekali kanabis digunakan bagi rekreasi. Jadi, kita terhad kepada produk CBD sahaja,” katanya kepada media ketika ditemui selepas mendengar laporan The Centre di sini, hari ini.

Dalam pada itu, selain meneliti kajian global, Khairy menegaskan, pihaknya turut melaksanakan rangka kerja bersama universiti tempatan dalam membangunkan ujian klinikal bagi penggunaan CBD yang mampu digunakan di Malaysia dalam merawat beberapa penyakit.

Menurut beliau, kajian tempatan ini akan memperkukuhkan keyakinan positif untuk dijadikan rujukan bagi digunakan kepada pegawai perubatan dalam mengaplikasi produk tumbuhan tersebut kepada pesakit.

“Sekarang ini KKM dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang melihat semua maklumat dan terbitan saintifik mengenai penggunaan CBD, bagaimana cara ia boleh diberi dan pandangan awal saya memang ada penggunaannya yang boleh membantu pesakit dalam keadaan tertentu.  

“Perkara ni termasuk dalam kerangka yang akan kita laksana pada tahun 2023 dan dilihat jangka masa realistik kerana bila bawa masuk produk CBD ia tak boleh dibeli di kaunter. Jadi, tak guna kalau ada kebenaran lesen bawa masuk CBD, namun doktor tak memahami penggunaan CBD sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya kerajaan membenarkan kanabis diimport dan ditanam rakyat negara ini, Khairy tidak menolak perkara tersebut mampu dilakukan, namun ia tidak mungkin dilaksanakan dalam tempoh terdekat seperti penggunaan CBD.

“Kita kena pergi selangkah demi selangkah. Kita kena berhati-hati. Jadi, langkah pertama kita, daftar beberapa produk CBD dahulu, Kita tengok penerimaan pesakit dan pelbagai pihak.

“Sekiranya penerimaannya itu tinggi dan lebih positif, baru kita boleh fikir soal untuk penanaman.

“Ramai orang hantar proposal nak buat ladang ganja dan sebagainya, namun negara belum ke arah itu lagi,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Diarah Dirujuk Ke Hospital Bahagia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Keputusan Representasi Yasin Kaji Pertuduhan Kes Dadah Diketahui 15 Disember

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini