web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Hire : Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Syarikat Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 5:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Sumber ketika dihubungi berkata, ia melibatkan anggaran nilai keseluruhan RM100 juta.

Menurut beliau, ketua pegawai eksekutif dan pengarah syarikat itu ditahan di sekitar ibu negara sekitar jam 1.30 petang semalam.

“Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab. Shukor di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi membenarkan pengarah syarikat, iaitu lelaki berusia 41 tahun itu ditahan reman selama empat hari, mulai hari ini sehingga 21 Julai depan.

“Seorang lagi suspek iaitu wanita berusia 40 tahun dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah keterangannya diambil,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek dipercayai telah mengemukakan invois Program Latihan Insentif Pengambilan Pekerja yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperolehi bayaran di bawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), berjumlah kira-kira RM700,000 sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Operasi dan siasatan masih diteruskan dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada 14 Julai lalu, SPRM menahan 37 individu di beberapa buah negeri bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut.

Susulan penahanan, tiga lagi individu ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian bagi membantu siasatan kes yang sama.

Setakat ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi Ops Hire adalah seramai 42 individu. - Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah