web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Ogos Pengurusan Kes Rayuan 6 Suspek Kes Bunuh Kevin Morais

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jul 2022 2:28PM

Anthony Kevin Morais - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 30 Ogos sebagai pengurusan kes rayuan enam individu yang dihukum mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, hampir enam tahun lepas.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam Datuk N Sivananthan, yang mewakili bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran kepada Getaran selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar, Mohd Fuad Abdul Aziz.

Beliau berkata, peguam bela lima lagi tertuduh hari ini berjaya memfailkan petisyen rayuan masing-masing susulan rekod rayuan yang telah dimuktamadkan. 

Bagaimanapun, Sivananthan memaklumkan, Mahkamah Rayuan tidak dapat menetapkan tarikh pendengaran kes tersebut disebabkan rekod rayuan boleh dicetak semula. 

"Hari ini masa pengurusan kes, pihak peguam (bela) semua tertuduh sahkan yang mereka bersetuju dengan nota prosiding (Notice of Proceeding) dan masing-masing telah memfailkan petisyen rayuan masing-masing. 

"Isu yang tinggal hanyalah Mahkamah Tinggi tidak mencetak semula rekod rayuan untuk dimasukkan pindaan," katanya. 

Menurut rekod, ini adalah kali kesembilan prosiding pengurusan kes diadakan untuk rayuan kes terbabit. 

Pada 10 Julai 2020, Kunaseegaran, pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran dan empat penganggur R Dinishwaran, AK Thinesh Kumar, M Vishwanath serta S Nimalan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mereka didapati bersalah membunuh Morais.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan semua tertuduh mempunyai niat bersama membunuh Kevin, 55, pada 2015.

Beliau berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah atas pertuduhan membunuh dengan niat oleh Kunaseegaran dan lima lagi tertuduh.

Mereka didakwa membunuh Kevin ketika bekas Timbalan Pendakwa Raya itu dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di Kuala Lumpur ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat mendiang Kevin Morais ditemui dalam tong dram berisi konkrit, lima tahun lalu dan dianggap sebagai antara pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia. - Getaran, 22 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini