web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib ‘Pecat’ Shafee Bela Kes Seleweng Dana SRC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 12:54PM

Najib Razak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘memecat’ peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Tetuan Shafee & Co daripada mewakili beliau dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan Muhammad Shafee melalui sepucuk surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Dalam surat kepada mahkamah, firma itu digantikan Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners, berkuat kuasa semalam.

“Sila ambil perhatian bahawa pada 25 Julai 2022, jam lebih kurang 5.00 petang, pihak kami menerima sesalinan surat daripada Datuk Seri Najib Abd Razak, yang mana perayu memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai kaunsel dan peguamcara mewakili beliau di dalam rayuan jenayah ini serta prosiding berkenaan.

“Menerusi surat sama, perayu (Najib) memaklumkan bahawa beliau sudah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguamcara,” katanya menerusi surat tersebut.

Menerusi surat sama, Tetuan Shafee & Co sedang berusaha melengkapkan proses penyerahan dokumen secara fizikal dan digital kepada ZIST yang dijangka diselesaikan hari ini.

Kata syarikat peguam tersebut, salinan digital kesemua rekod rayuan jenayah No. 05 (L) - (289;290.291) -12/2021 (W), kertas kausa bagi permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan dan kertas kausa bagi meminda notis usul sudahpun diserahkan kepada ZIST pada 5 Julai lalu.

“Mereka juga dimaklumkan mengenai tarikh berkaitan dengan rayuan-rayuan itu. 

“Tarikh perlu diambil maklum adalah tarikh pemfailan afidavit jawapan pemohon bagi permohonan mengemukakan keterangan lanjutan pada 28 Julai, manakala 29 Julai jam 3 petang pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar mahkamah Persekutuan menerusi aplikasi Zoom.

“Pada 31 Julai depan pula adalah tarikh pemfailan hujahan bertulis dan ikatan otoriti bagi rayuan utama, manakala 15 sehingga 26 Ogos pada jam 9 pagi adalah pendengaran rayuan utama,” kata surat tersebut. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'