web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akta Pengangkutan Jalan 1987 Bakal Dipinda Untuk Kawal Sedia Penghantar P-Hailing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Aug 2022 6:00PM

Wee Ka Siong (kanan) ketika menghadiri sesi dialong bersama penghantar p-hailing di Kementerian Pengangkutan (MOT), di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memberi punca kuasa kepada agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) mengawal selia penunggang untuk perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-hailing).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu sudah dipersetujui pada Mesyuarat Kabinet, 5 Ogos lalu.

Beliau berkata, keputusan tersebut yang bakal memberi kuasa kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah dan Sarawak, akan menjadikan sektor p-hailing lebih berdaya saing untuk tempoh masa panjang serta menjaga kebajikan penunggang tersebut.

“Antara syarat pengawalseliaannya seperti keperluan mempunyai perlindungan insurans (bagi penunggang/pemandu), kawalan kepada tahap pengoperasian, syarat pelesenan, kawalan tahap keselamatan kenderaan dan kawalan kompetensi penunggang/pemandu akan ditetapkan. 

“Bagi tujuan pengawalseliaan dan penetapan peraturan terlibat, Jemaah Menteri bersetuju supaya pindaan dilaksanakan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

“Ketiga-tiga RUU bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan di Parlimen pada sesi akan datang,” katanya kepada media selepas sesi dialog bersama penghantar p-hailing di MOT di sini, hari ini.

Jelasnya, pindaan tersebut mengambil kira pelbagai pandangan pihak berkepentingan selepas mengadakan sesi dialog bersama beberapa wakil pergerakan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Malaysia Food Delivery Association dan syarikat.

Dalam pada itu, menerusi pindaan tersebut, Wee Ka Siong menegaskan, kerajaan akan meminda had umur penunggang p-hailing kepada tidak kurang dari 18 tahun, berbanding 21 tahun bagi mendapatkan suatu Lesen Vokasional. 

“Pindaan had umur ini akan membolehkan Keluarga Malaysia bekerja sebagai seorang penunggang motosikal p-hailing apabila mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal, seterusnya mendapatkan Lesen Vokasional bagi tujuan tersebut. 

“Ketetapan ini seterusnya akan membuka peluang kepada lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan p-hailing dan lain-lain platform perkhidmatan penghantaran,” katanya.

Sementara itu, mengulas kewajipan untuk penghantar p-hailing mengambil lesen memandu kenderaan barangan (GDL), Ka Siong menegaskan, ia memudahkan MOT mengawal selia komuniti tersebut dalam memantau tingkah laku mereka, sekiranya melakukan kesalahan sehingga mengancam nyawa pengguna jalan raya.

“Kita bukan nak membebankan mereka, namun kita dapat kawal selia. Kalau tak ambil lesen ini, macam mana pihak berkuasa nak pantau sekiranya ada rungutan daripada orang ramai berhubung penghantar p-hailing tidak mematuhi undang-undang disebabkan ingin cepat hantar makanan.

“Jadi, bagaimana cara untuk pihak berkuasa ambil tindakan atau kaedahnya untuk dikawal selia, kita akan tetapkan kemudian untuk kita melihat praktikaliti mana yang terbaik, selain garis panduan akan dikeluarkan APAD sekiranya RUU ini diluluskan,” katanya.

Tambah Ka Siong, ekonomi gig memerlukan penyatuan dan ketelusan di antara pengendali syarikat dengan mereka yang bekerja menjadi pemandu e-hailing atau penunggang p-hailing.

“Ini kerana wujud beberapa perkara sehingga mereka tidak faham cara pengiraan daripada pihak pengendali syarikat. Itu terbukti perlunya libat urus dan apabila gubal dasar, apa yang disampaikan pelbagai pihak akan dilihat satu persatu untuk mengelakkan wujud pertikaian di kemudian hari,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan