web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skandal LCS: Jawapan Rafizi Sudah Tentu Buat Najib, Ahmad Zahid ‘Sentap’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 7:18PM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang menolak reka bentuk kapal pilihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah permulaan kepada penyelewengan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Pada masa sama, pelantikan kontraktor dan perincian kontrak adalah berat sebelah, di mana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mendapat dokumen sebut harga terlebih dahulu daripada Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (DCNS), sebelum menerima surat lantikan dari kerajaan.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang memaklumkan, Ahmad Zahid pada mulanya bersetuju dengan pilihan TLDM untuk menggunakan reka bentuk kapal jenis Sigma, namun menukar jenis Gowind selepas bersetuju dengan cadangan BNS pada 11 Julai 2022.

“TLDM memilih Sigma demi keperluan dan kehendak pertahanan negara kerana ia dinilai sebagai lebih baik serta lebih moden. Apabila Ahmad Zahid menukar reka bentuk kepada kelas Gowind, ini bermakna keupayaan pertahanan laut tidak akan menepati kehendak dan perancangan TLDM.

“Lebih penting, reka bentuk Sigma dan Gowind melibatkan sub-kontraktor berbeza. Reka bentuk Sigma, jika dipilih, melibatkan kepakaran pembinaan kapal dari Belanda, berbanding reka bentuk Gowind yang membabitkan kepakaran dari Perancis.

“Dari sinilah kita dapat menyelami punca sebenar berlakunya skandal ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rafizi berkata, wujud pihak berkepentingan yang mahukan sub-kontraktor dari Perancis untuk membekalkan reka bentuk dan membina kapal LCS ini, walaupun TLDM memilih kapal kelas Sigma.

“Sub-kontraktor dari Perancis ini bukan asing dalam skandal pembinaan kapal di Malaysia. Akhirnya, sub-kontraktor yang dilantik adalah DCNS, iaitu kontraktor sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene.

“Lebih teruk, dokumen dalaman BNS yang dibocorkan kepada saya turut mengandungi tarikh sebut harga dari DCNS (sebagai sub-kontraktor) kepada BNS (sebagai kontraktor utama Kerajaan Malaysia) yang sangat penting apabila kita membandingkan garis masa skandal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, surat lantikan dari Kementerian Pertahanan untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS, hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011.

Jelasnya, ini membuktikan DCNS bukan sahaja mendapat maklumat sepenuhnya mengenai rundingan pembinaan kapal perang ini, malah syarikat itu sudah menghantar sebut harga dan diberikan Surat Niat, sebelum BNS dilantik menjadi kontraktor utama.

“Siasatan dalaman BHIC (Boustead Heavy Industries Corporation), iaitu satu daripada syarikat induk yang memiliki BNS, membuat kesimpulan adalah luar biasa apabila (BNS) sudah pun ada sebut harga dari DCNS bertarikh 23 Disember 2010, sebelum Surat Lantikan dikeluarkan Kerajaan Malaysia/KEMENTAH kepada BNS.

“Ini menunjukkan kontrak ini dimuktamadkan lebih awal di antara vendor (DCNS) dengan pihak berkepentingan di BHIC/BNS yang berkuasa membuat keputusan. Sejarah DCNS dan amalan korupnya yang merasuah individu semasa rundingan kontrak pertahanan diketahui umum.

“Ia sudah menjadi kes mahkamah di Perancis selepas pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat DCNS & Thales,” katanya.

Lantaran itu, beliau meyakini rakyat Malaysia pastinya bersetuju bahawa pegawai di BHIC/BNS hanya sebagai ‘ikan bilis’ yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan strategik pertahanan negara.

Jelasnya, tindakan daripada Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan memberi bayangan adanya campur tangan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa Najib tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini. Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal.

“Pada masa sama (individu) mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS (melalui pembelian kapal Scorpene) ialah Najib Razak. Beliau lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan pada ketika itu untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS, dipilih.

“Najib mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS (dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales) untuk projek besar negara. Selain dari projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS.

“Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent (sebuah syarikat pembuat paip yang tidak ada pengalaman membina LRT),” katanya. -Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini