web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BNS ‘U-Turn’ Fakta, Cuba Sangkal Siasatan PAC Skandal LCS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 7:44PM

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BNS, Azhar Jumaat menegaskan, kelengkapan LCS bernilai RM1.7 billion yang dibeli secara pukal disimpan di stor BNS akan digunakan sepenuhnya dan tidak akan usang sama sekali - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), dilihat cuba memusingkan fakta, kononnya kelengkapan kapal tempur pesisir (LCS) tidak mengalami kerugian sehingga RM1.7 bilion.

Pengarah Strategik Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, ini memberi petunjuk bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BNS, Azhar Jumaat cuba menipu fakta yang dikeluarkan olehnya 11 Disember, tahun lalu. 

"Ketua Pegawai Eksekutif BNS hari ni kata, tiada kerugian RM1.7 bilion kelengkapan kapal LCS. Memang tak ada sesiapa pun sebut macam tu. Pengerusi PAC pun tidak menyebutnya begitu. 

"(Perkara) yang disebut ialah RM1.7 bilion kelengkapan kapal LCS masih lagi berada dalam stor dan dianggarkan 15 peratus hampir atau telah obsolete. Siapa yang sebut? Ketua Pegawai Eksekutif BNS sendiri, pada 11 Disember 2021," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

CEO BNS hari ni kata “tiada kerugian RM1.7 bilion kelengkapan” kapal LCS. Memang tak ada sesiapa pun yang sebut macam...

Posted by Fahmi Fadzil on Friday, August 12, 2022

Terdahulu, Azhar menegaskan, kelengkapan LCS bernilai RM1.7 billion yang dibeli secara pukal disimpan di stor BNS akan digunakan sepenuhnya dan tidak akan usang sama sekali.

Beliau yang ditemui selepas sesi lawatan ke tapak pembinaan LCS berkata, tidak timbul isu kelengkapan itu tidak boleh digunakan seperti dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, semalam.

“Ia disimpan untuk tempoh yang lama dan memerlukan pemeliharaan dan penyelenggaraan semasa dalam simpanan.

“Semua peralatan itu diperakui dan tidak usang serta boleh digunakan 25 tahun dari sekarang,” kata Azhar. 

Sebelum ini, Wong dalam kenyataan meluahkan rasa sedihnya ketika membuat lawatan ke BNS, baru-baru ini. 

Wong berkata, ketika beliau dan rombongannya dari Kementerian Pertahanan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), BNS berada di stor terbabit, didapati terdapat 13 gudang menyimpan peralatan LCS dan lapan lagi BNS General Store yang mempunyai campuran LCS dan peralatan am.

Menurut Wong, pihaknya dimaklumkan jumlah nilai peralatan dalam simpanan ialah RM1,757,791,266.02 dengan lebih kurang 15 peratus daripadanya telah usang melibatkan kerugian RM263,668,689.90. - Getaran, 13 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global