web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Guna Kaedah Hibrid Tangkis Tohmahan Lawan Menjelang PRU-15

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Aug 2022 5:50PM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jentera Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan pendekatan secara hibrid melibatkan dua komponen gerak kerja iaitu secara fizikal dan maya bagi menangkis tohmahan pihak lawan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu perlu mengakui bahawa mereka tewas pada PRU-14 disebabkan ketidakmampuan menguasai platform media sosial.

“Kita gagal memanfaatkan saluran penyampaian maklumat yang cepat dan mudah itu untuk menggamit keyakinan pengundi terhadap BN.

“Sedangkan lawan BN pada waktu itu memanipulasi sepenuhnya platform berkenaan untuk melancarkan propaganda dan tohmahan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru Ahmad Zahid berkata, kaedah konvensional seperti perjumpaan secara fizikal dan mengedar risalah BN diteruskan, tetapi arena media sosial juga harus dikuasai.

Katanya lagi, pihak lawan akan terus berusaha mereka propaganda dan tohmahan baharu di media sosial untuk menanam kebencian dalam jiwa rakyat terhadap BN.

“Seluruh jentera BN perlu bingkas menangkis tohmahan mereka secara berfakta supaya persepsi negatif yang mahu mereka naratifkan dapat diatasi. Maka kita katakan pada mereka “no more drama”.

“Kini media sosial juga gelanggang BN. Seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri BN akan gempur. Kita akan lawan habis-habisan demi menyelamatkan rakyat dan negara daripada hasutan serta tohmahan mereka dengan fakta dan realiti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menasihatkan jentera BN agar tidak terkesan dengan cacian pasukan siber lawan yang mahu melemahkan mentaliti mereka.

Sebaliknya beliau berkata, jentera BN perlu terus istiqamah kepada fakta dan kebenaran yang ada dalam parti.

“Jangan hanya berkongsi fakta dan kebenaran sesama kita, sebaliknya salurkan ia kepada setiap pengundi termasuk pengundi baharu dan pengundi atas pagar.

“Tumpukan penyaluran maklumat terhadap laman media sosial yang menjadi tumpuan masyarakat kerana amat penting maklumat itu sampai ke pengetahuan mereka,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad