web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Tiada eVP, Lesen Syarikat e-Hailing Terlibat Akan Digantung - MOT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 1:43PM

Ka Siong berkata, kementerian memandang serius kegagalan sebuah syarikat pengendali e-hailing mematuhi kriteria bagi memperbaharui LPP. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan memberi amaran akan mengantung Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) syarikat pengendali e-hailing sekiranya masih ada pemandu tidak memiliki Permit Kenderaan e-hailing (eVP).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kementerian memandang serius kegagalan sebuah syarikat pengendali e-hailing mematuhi kriteria bagi memperbaharui LPP mereka seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).

Menurut beliau, sehingga kini, syarikat berkenaan didapati gagal memaparkan eVP pemandu atau membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya, seperti ditetapkan di bawah Seksyen akta yang sama.

“Ini merupakan pelanggaran serius terhadap pematuhan yang diperlukan untuk keselamatan dan perlindungan penumpang apabila menggunakan mana-mana aplikasi e-hailing.

“Oleh yang demikian, syarikat terbabit tidak dibenarkan memperbaharui LPP mereka yang telah pun luput pada 14 Julai lalu,” katanya hari ini.

Ka Siong berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), yang bertanggungjawab mengeluarkan LPP kepada syarikat e-hailing, telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat tersebut pada 18 Ogos lalu.

“Individu mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

“Pemandu yang menggunakan aplikasi sedemikian pula dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan mana-mana pengendali e-hailing untuk mengelakkan sebarang liabiliti tidak diingini,” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'