web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib, Rosmah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 5:38PM

Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang dikurniakan kepada Najib dan Rosmah ditarik balik berkuat kuasa serta merta. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada tiga individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa serta merta.

Seorang lagi individu yang berdepan tindakan sama adalah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, berkata keputusan tersebut selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor.

Menurut beliau, keputusan tersebut diambil setelah baginda berunding dengan Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

“Datuk Seri Najib Razak telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

“Beliau telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman telah dijatuhkan terhadap beliau, keahliannya sebagai penyandang Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua membawa gelaran Datuk adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September (hari ini),” katanya hari ini.

Menurut beliau, isteri bekas Perdana Menteri itu iaitu Rosmah pula dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.

“Beliau didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah. Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa 12 September (hari ini),” katanya.

Sementara itu, gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Mohd Arif juga ditarik balik serta merta selepas beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah.

Pada 23 Januari 2021 pula, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

“Mohd Ariff Ab Rahman telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2005, Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah Kelas Ketiga pada tahun 2003 dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor Kelas Keempat pada 2001.

“Atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahliannya adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September (hari ini),” katanya. - Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan