web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDNHEP, Platform e-Dagang Perkasa Kerjasama Banteras Penjualan Minyak Masak Atas Talian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Sep 2022 8:45PM

Sebanyak 121 iklan penjualan minyak masak secara dalam talian sudah diturunkan bermula awal tahun ini hingga Isnin lalu. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 iklan penjualan minyak masak secara dalam talian sudah diturunkan bermula awal tahun ini hingga Isnin lepas.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam

Berkata, statistik menunjukkan bahawa 55 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara dan sepanjang tempoh itu, sembilan aduan berkaitan turut diterima.

“Tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diambil ke atas pihak yang melakukan kesalahan berkaitan penjualan minyak masak secara dalam talian melibatkan nilai rampasan RM1,564.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah berurusniaga secara borong dan runcit barang kawalan berjadual, iaitu minyak masak tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak di tempat tidak berlesen," katanya hari ini.

Menurut beliau, KPDNHEP komited untuk terus bekerjasama dengan penyedia platform e-Dagang bagi membanteras penjualan barang kawalan, khususnya minyak masak secara dalam talian.

“KPDNHEP sentiasa memantau aktiviti jualan barang kawalan menggunakan platform dalam talian dengan kerjasama penyedia platform untuk membanteras kegiatan berkenaan,” katanya.

Azman memberi amaran, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

“Tindakan tegas akan diambil, termasuk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram serta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda mencecah RM1 juta untuk individu perseorangan dan penjara sehingga tiga tahun manakala untuk syarikat, mereka boleh didenda sehingga RM3 juta, penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan lengkap kepada kementerian melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317 atau  019-848 8000. - Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Krisis Beras Dan Minyak Masak: Kerajaan Perlu Wujudkan Dasar Pembelian - Dr Akmal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad