web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Ucap Selamat Hari Deepavali, ‘Malaysia Unik, Kita Kongsi Rasa, Rai Perbezaan’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:00AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia beragama Hindu yang akan meraikan perayaan itu esok.

Beliau berkata, budaya masyarakat itu, seperti makanan, pakaian dan alat muzik ‘cukup indah’ dan menjadi pelengkap yang memeriahkan sambutan Deepavali.

“Tose, muruku, bunga api, kain sari dan dhoti, paluan gendang, lagu popular Deepavali berkumandang, menggambarkan betapa meriah sambutan Deepavali negara kita pada tahun ini.

“Malaysia unik, kita berkongsi rasa dan meraikan perbezaan. Kerana itulah Malaysia menjadi cukup harmoni dan berbeza dengan negara lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, sudah menjadi kemestiannya berkunjung ke Little India Brickfield untuk melihat sendiri persiapan masyarakat India menyambut Deepavali.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India (beragama Hindu) di Malaysia.

“Jika pulang ke kampung, hati-hati lah di jalan raya. Nikmati perayaan ini dengan bahagia bersama keluarga tercinta,” katanya.

Terdahulu, menerusi platform sama, Ismail Sabri berkata, semoga pesta cahaya itu memekarkan lagi perpaduan dan menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia serta keharmonian sesama mereka.

“Saya yakin, perayaan Deepavali pada tahun ini disambut dengan lebih meriah bersama-sama keluarga dan rakan taulan tersayang.

“Deepavali Valthukal!” katanya. – Getaran, 24 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki