web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Perlu Nyatakan Pendirian, Jelaskan Segera Kenyataan Sokong Israel - Peja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 2:34PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menyatakan pendirian berhubung kenyataan dibuatnya yang menyentuh sokongan terhadap Israel dan rejim Zionis.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Anwar pada 2012 dalam wawancara bersama akhbar Wall Street Journal telah menyatakan sokongan terhadap kesemua ikhtiar untuk membela keselamatan Israel daripada sebarang ancaman.

Menurut beliau, Presiden PKR itu perlu dengan segera menjelaskan pendirian berhubung kenyataan dibuatnya, memandangkan ia isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat, malah turut menerima kecaman Duta Palestin.

“Saya menyeru Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon PM (Perdana Menteri) Pakatan Harapan untuk segera menyatakan, sama ada beliau akan menarik balik atau tidak kenyataan tersebut.

“Rejim Israel harus mendapat mesej yang amat jelas bahawa pemimpin negara ini tidak akan berkompromi sama sekali dengan mereka,” katanya hari ini.

Ahmad Faizal atau turut dikenali sebagai Peja berkata, beliau merujuk kepada kenyataan Anwar di Ipoh dua hari lalu, yang menafikan dirinya penyokong rejim Israel.

“Beliau kononnya adalah ‘pejuang nombor satu’ bagi rakyat Palestin di negara kita. Pertama, saya menyeru agar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin mengelak dari sifat yang takbur dengan mengelar diri sebagai ‘pejuang nombor satu’ Palestin.

“Saya sendiri  telah ditangkap oleh tentera komando Israel pada 2010 bersama lima aktivis Malaysia ketika menaiki kapal flotilla Rachel Corrie untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Tetapi saya tidak pernah menepuk dada dan menggelar diri sebagai pejuang Palestin nombor satu,” katanya.

Jelas Faizal, Anwar juga dilihat seolah-olah sengaja mengelak daripada menjawab persoalan dibangkitkan, berhubung sokongan terhadap Israel itu.

“Mengelak daripada menjawab atau memberi penjelasan yang kabur sudah menjadi ciri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ramai kenali.

“Datuk Seri Anwar turut berbangga dalam kenyataannya di Ipoh bahawa beliau kononnya rapat dengan pemimpin Palestin terkemuka Yasser Arafat,” katanya.

Jika benar dakwaan itu jelas Faizal, beliau hairan mengapa amat sukar untuk Ketua Pembangkang itu menarik semula kenyataan kontroversi dibuatnya.

“Kenapa susah sangat bagi beliau untuk menarik balik kenyataan kontroversinya yang menyokong jaminan keselamatan kepada Israel, manakala yang ditindas dan dibunuh harian adalah rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang