web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontraktor Terkejut Temui Rangka Manusia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 9:47AM

Kesemua rangka dan tengkorak berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk siasatan lanjut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Seorang kontraktor terkejut apabila menemui rangka manusia ketika sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah di kawasan kebun getah di Kampung Talang Hulu di sini, kelmarin.

Difahamkan, rangka manusia yang dibungkus kain batik itu ditemui lelaki berusia 40 tahun itu kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner (ACP) Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahagian tulang yang dapat dikenalpasti adalah rahang gigi bawah, tulang pinggul dan tengkorak.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas lima helai potongan kain batik yang membungkus rangka itu menjumpai satu tengkorak manusia, rangka rahang gigi bawah, satu tulang pinggul dan 27 cebisan tulang lain.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kawasan tersebut merupakan kebun getah yang diratakan untuk dijadikan tapak anak sawit,” katanya di sini.

Omar Bakhtiar berkata, kesemua rangka dan tengkorak berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk siasatan lanjut.

Katanya, ujian DNA ke atas eksibit kain batik itu akan dijalankan dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang