web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Radzi Jidin, Sila Berundur - Jawatankuasa Pendidikan PH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 3:32PM

Jawatankuasa Pendidikan PH mendesak Radzi Jidin dan dua timbalannya didesak meletak jawatan susulan dakwaan gagal dalam menguruskan aspek persekolahan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan dua timbalannya, Muslimin Yahaya serta Datuk Dr Mah Hang Soon diminta segera melepaskan jawatan masing-masing, berikutan kegagalan mereka menguruskan aspek persekolahan dalam mendepani kes berkaitan COVID-19.

Menyuarakan desakan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik berkata, pengurusan sekolah oleh kementerian berkaitan terlalu caca marba, hingga meningkatkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.

“Pemberian 150,000 komputer riba juga seperti yang dijanjikan kerajaan masih tidak menjadi kenyataan.''

Menurut beliau, peningkatan kes COVID-19 membabitkan kluster pendidikan juga semakin bertambah mutakhir ini, sekali gus mendedahkan nyawa warga pendidik dan pelajar kepada bahaya.

“Kami maklum pembukaan sekolah dilakukan tergesa-gesa tahun ini, tidak lama selepas pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) tanpa sebarang penjelasan terperinci kepada golongan terlibat.

“Kami bagaimanapun mengiktiraf usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah dan semua warga pendidik, yang mahu memastikan pendidikan terus berjalan demi masa depan anak bangsa,” katanya di sini hari ini.

Usaha ini tegas beliau, dicacatkan oleh hala tuju dan perancangan Kementerian Pendidikan, apabila tidak berlaku ketelusan dalam penyaluran maklumat kepada rakyat.

“Apa yang berlaku kini, pihak sekolah ramai yang hilang arah dan punca apabila berlaku peningkatan kes di sekolah, tetapi pada masa sama mereka tidak dipersiap untuk PdPR.

“Pemberian 150,000 komputer riba juga seperti yang dijanjikan kerajaan masih tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, perkara seperti ini jelas mencerminkan kelemahan Kementerian Pendidikan dalam mengendalikan situasi berkaitan, sekali gus mengundang kemarahan orang ramai.

“Kelemahan ini begitu ketara dan dapat dilihat dengan jelas sama ada di peringkat bawahan atau media sosial,” kata mantan Menteri Pendidikan itu lagi.

Beliau menarik perhatian, Jawatankuasa Pendidikan PH yang turut dianggotai tujuh ahli lain termasuk bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Cheng itu yakin pengunduran Radzi serta dua timbalannya mampu memulihkan nama baik kementerian terbabit.

“Kami mendesak mereka segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta, selepas gagal melaksanakan tugas seperti yang diharapkan,” katanya. - Getaran, 24 April 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang