web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Tiba Di Mahkamah Persekutuan Untuk Semakan Sabitan SRC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:32AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara tiba di Mahkamah Persekutuan di sini untuk permohonan semakan sabitan dan hukuman terhadapnya membabitkan kes SRC International Sdn Bhd.

Najib tiba pada jam 8.54 pagi secara berkonvoi, disambut dengan sorakan penyokong apabila kenderaan yang dipercayai membawanya tiba di mahkamah.

Penyokong tiba lebih awal dan membawa poster tertera foto Najib dengan perkataan “Solidariti untuk Bossku” (perpaduan dengan Bossku), merujuk kepada nama panggilan Najib.

Najib, 69, memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada Ogos tahun lalu yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti baharu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hakim perbicaraan dalam kes SRC International membabitkan penyelewengan RM42 juta.

Mohd Nazlan mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pada 28 Julai 2020 dan menjatuhkan beliau dengan hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta.

Pada 23 Ogos, panel Mahkamah Persekutuan, diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mengekalkan penghakiman Nazlan, dan Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada hari yang sama.

Permohonan semakan Najib difailkan melalui Tetuan Shafee & Co pada 6 September tahun lalu.
Selain itu, Najib memohon untuk menyingkirkan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali daripada kes SRC International dan membatalkan keseluruhan perbicaraan.

Najib mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dengan kesnya berikutan peranan hakim sebelum ini sebagai peguam am Maybank, yang pernah terlibat dengan perkara berkaitan SRC International.

Mantan Ahli Parlimen Pekan itu juga mahu rayuannya didengar semula oleh panel Mahkamah Persekutuan berbeza yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim, selain meminta Tengku Maimun menarik diri berhubung dakwaan konflik kepentingan disebabkan catatan Facebook suaminya sebelum ini pada 2018 terhadap beliau.

Pada masa sama, Najib juga mahu diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya itu. - The Vibes, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang