web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM750 Juta Laksana Inisiatif Pendapatan Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 5:26PM

Inisiatif IPR menyasarkan peserta untuk meraih pendapatan antara RM,2000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan mampu menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperoleh selepas tamatnya program tersebut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin untuk meningkatkan potensi pendapatan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM750 juta disediakan Kementerian Ekonomi untuk tahun ini bagi menjayakan bantuan berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu demi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar untuk meraih pendapatan. 

“Antaranya, bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekali gus tetapi secara bulanan dan dipantau, sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja. 

“Aktiviti ekonomi disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agro pertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan,” katanya menerusi pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif IPR menyasarkan peserta untuk meraih pendapatan antara RM,2000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan mampu menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperoleh selepas tamatnya program tersebut.

“Kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima. 

“Bagi menyegerakan data dikemaskinikan dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan kerajaan antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM dan Jabatan Kebajikan (JKM) di bawah satu pangkalan data,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok