web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Caci Pembuat Kertas Soalan Sejarah SPM, 2 Remaja Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 3:45PM

Superintendan Suffian Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua remaja berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja terbabit dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang guru wanita berusia 53 tahun pada jam 10.53 pagi, semalam.

“Pihak polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang guru wanita berkaitan video tular di TikTok dan Facebook di daerah ini, memaparkan suspek bertindak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Suspek juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan mata pelajaran Sejarah serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, melakukan serbuan di rumah suspek di Batang Kali dan menahan dua remaja terbabit.

Katanya, semasa serbuan itu, polis turut merampas telefon bimbit dipercayai digunakan suspek.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah. Malah hasil semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Suffian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan penyebaran video yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula