web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023 Bukti Kerajaan Serius Tangani Masalah Rakyat, ‘GST Tiada Tak Mengapa…’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:00AM

Pelbagai alternatif boleh dilakukan untuk menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menolak untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) seperti diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023, tidak akan menyebabkan kerugian kepada negara.

Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ia memandangkan pelbagai alternatif boleh dilakukan untuk menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff - Gambar fail
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff - Gambar fail

Katanya, walaupun GST tidak dilaksanakan, hasil tambahan mampu dijana menerusi cukai lain, seperti pengenalan cukai barang mewah dan kemungkinan cukai atas keuntungan modal juga dilaksanakan kerajaan.

“Perkara ini dilaksanakan agar tidak berlakunya ketirisan supaya perkara untuk mengatasi kehilangan hasil dapat diatasi.

“Justeru, semestinya GST bukan satu-satunya penyelesaian, ada banyak lagi pendekatan untuk meningkatkan hasil negara,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ahmed Razman berkata demikian bagi mengulas mengenai Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Bertemakan Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan RM388.1 bilion, masing-masing RM289.1 bilion perbelanjaan mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Ia turut mencakupi 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad, iaitu pemacuan ekonomi terangkum dan mampan; reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan serta keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Pada masa sama, Ahmed Razman menyifatkan perincian belanjawan itu menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar untuk mengutamakan kebajikan rakyat, tanpa mengetepikan pertumbuhan ekonomi.

Malah, katanya, belanjawan itu mencipta sejarah tersendiri apabila Perdana Menteri memberi jaminan akan menghapuskan miskin tegar, sekali gus memastikan tiada lagi golongan terbabit di negara ini.

Di sebalik tumpuan Perdana Menteri yang lebih mementingkan kesejahteraan, kebajikan dan memperkasa ekonomi rakyat, beliau memuji usaha kerajaan memperuntukkan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, dengan ia terus mencatatkan peningkatan, berbanding ditawarkan pentadbiran terdahulu.

“Belanja pembangunan bagi pembinaan infrastruktur memberi impak jangka panjang dalam menjana pertumbuhan ekonomi, disebabkan ia melibatkan pembangunan infrastruktur.

“Walaupun negara dan dunia berdepan kemelesetan ekonomi global yang mungkin perlahan dari segi pertumbuhan, perbelanjaan peringkat domestik dari sudut kerajaan tetap diteruskan,” katanya.

Dr Abu Sofian Yaacob - Gambar fail
Dr Abu Sofian Yaacob - Gambar fail

Dalam pada itu, pakar ekonomi, Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, Bajet 2023 mampu menjamin kebajikan rakyat dan mengekang peningkatan kos sara hidup dihadapi golongan rentan.

Menurutnya, ia juga langkah positif daripada kerajaan bagi memperkukuh peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sebagai nadi penggerak ekonomi negara.

Apa lebih mustahak, katanya, pelaksanaan transformasi agensi kerajaan bukan sahaja dari segi fizikal, malah secara keseluruhan dari segi mental dan sikap, bagi memastikan negara boleh bergerak dengan lebih baik serta efisien.

“Selain itu, memperkasakan capaian internet dengan diskaun kepada mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti diumumkan juga amat baik sekali, namun saya belum lihat secara keseluruhan usaha berkenaan dalam membantu pelajar sekolah, seperti memberi bantuan dalam (bayaran) bas sekolah,” katanya.

Abu Sofian berkata, menerusi ucapannya dalam Bajet 2023, Perdana Menteri juga terbuka memberikan tumpuan untuk menggalakkan pelabur asing serta pelaburan tempatan membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), seperti penggunaan automasi dan pendigitalan.

“Kita minta agar kerajaan terus memajukan inovasi dan teknologi, itu memang perlu kerana bertepatan dengan masanya. Kita tak mahu Malaysia tertinggal dengan negara asing akibat kelembapan penggunaan teknologi.

“Seharusnya Malaysia bergerak seiring dengan peredaran zaman dan keadaan ekonomi semasa yang memerlukan kita bersaing dengan negara lain. Wujud keperluan untuk tengok secara terperinci bagi melaksanakan sepenuhnya pengadaptasian Revolusi Industri 4.0 (4.0) dengan pelbagai penambahbaikan.

“Buah sawit atau getah perlu kita eksport ke luar bukan sebagai bahan mentah, seperti minyak masak atau scrub getah, namun dijadikan produk. Contohnya kalau getah jadikan tayar baru diimport dengan penggunaan teknologi lebih canggih,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Sofian menyokong tindakan kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin bagi golongan M40 sebanyak dua peratus, membabitkan julat pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.

“Kerajaan boleh kurangkan benda itu dan mereka boleh ‘mengikat’ lagi orang yang sebelum ini mungkin tak bayar atau individu mengelak cukai.

“Tetapi kalau boleh, dinaikkan dari RM2,500 kepada pendapatan RM5,000 dikecualikan daripada cukai. Jadi, baru benda itu akan ada kesan sikit,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada The Vibes, Ketua Eksekutif Kumpulan AMMB (AmBank Group) Holdings Berhad, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, bajet dicadangkan terbabit akan membantu meningkatkan prospek ekonomi domestik, memandangkan peruntukan yang lebih tinggi sebanyak RM97 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Gambar oleh Abdul Razak Latif
Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sejajar dengan itu, beliau memaklumkan, defisit fiskal diunjurkan mengecil kepada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara, yang menunjukkan hemat kewangan kerajaan dalam menguruskan ekonomi.

“Di AmBank, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah asas pelanggan kami dan kami digalakkan kerajaan untuk menyokong tonggak penting ekonomi kami ini, khususnya hasil daripada dana pinjaman RM10 bilion yang akan disediakan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Perkara berkenaan untuk meringankan beban kewangan PKS serta Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), bagi menyediakan jaminan sehingga RM20 bilion, selain memberi tumpuan kepada sektor seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan. Ini sudah tentu akan memperkasakan PKS tempatan,” katanya.

Sulaiman juga memuji gesaan Perdana Menteri untuk mengukuhkan pembiayaan Islam yang beliau percaya akan memberi petanda baik bagi Malaysia sebagai hab pembiayaan Islam.

“Sehubungan itu, AmIslamic berharap untuk membina momentum ini. Ia merupakan aspirasi belanjawan ke hadapan, khususnya berkaitan tadbir dan urus (ESG) dalam bentuk dana pinjaman sehingga RM2.0 bilion untuk menyokong teknologi mampan bagi syarikat pemula.

“Ia juga untuk mempromosikan PKS ke arah menerima amalan rendah karbon demi menunjukkan komitmen ketara kerajaan untuk ESG. Kami berharap PKS dan GLC membina trajektori positif ini,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Mahu Peranan JAKIM Diperluaskan

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

4

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Teliti Pasang Internet Satelit Di 200 Kampung Di Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan