web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jana Wibawa: Adam Radlan Didakwa Kali Ketiga Kes Rasuah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 10:05AM

Adam Radlan tiba di Mahkamah hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad didakwa buat kali ketiga, dengan yang terbaru atas dakwaan meminta RM2 juta berhubung projek infrastruktur di bawah Jana Wibawa.

Adam mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi di sini, hari ini.

Dia didakwa meminta wang daripada Lian Tian Chuan di sebuah restoran di Publica pada Januari 2022 untuk membantu Nepturis Sdn Bhd dalam mendapatkan projek pembinaan yang melibatkan bangunan kerajaan di Klang bernilai RM141 juta.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Jika sabit kesalahan, Adam Radlan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Jika sabit kesalahan, Adam Radlan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh kemudian mencadangkan agar Adam diikat jamin dan syarat tambahan lain dengan pertuduhan lain di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Syarat tambahan itu termasuk Adam dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan menyerahkan pasportnya.

Hakim Azura bersetuju dengan cadangan itu dan membenarkan jaminan RM300,000 serta syarat tambahan lain.

Adam diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam.

Sebelum ini, Adam yang juga Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, dibicarakan atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta yang dikaitkan dengan inisiatif Jana Wibawa, di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Adam sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd, dituduh menerima rasuah RM2 juta melalui akaun CIMB Bank Bhd milik syarikat itu daripada Tan Chuan.

Dalam kesalahan lain, Adam didakwa menerima suapan RM2.1 juta melalui akaun sama daripada pengarah urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat atas peranannya mendapatkan projek pembangunan bernilai RM47.8 juta untuk membina Jalan Sg Adam ke Kg Banat di Perlis.

Pada 21 Februari lalu, Adam turut dibicarakan atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli perniagaan itu didakwa meminta wang tunai  antara 3.5 peratus dan tujuh peratus daripada nilai projek yang bernilai RM47.8 juta daripada Mat Jusoh.

Adam juga didakwa menerima RM500,000 sebagai dorongan untuk membantu firma swasta itu mendapatkan projek yang dinyatakan di atas. – The Vibes, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Jana Wibawa: Muhyiddin Mohon DNAA 3 Tuduhan Pengubahan Wang Haram

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Bebas Empat Pertuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Berkaitan Jana Wibawa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jana Wibawa: Kes Rasuah Adam Radlan Dipindah Ke 2 Mahkamah Sesyen

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RM7.2 Bilion Nilai Projek Kepada Kontraktor Jana Wibawa Di KKDW Dibatalkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah