web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guan Eng Dapat Pelepasan Sementara Pasport Untuk Hadir Pengebumian Bapa Saudara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 2:10PM

Lim Guan Eng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membolehkan beliau ke Singapura bagi menghadiri upacara pengebumian bapa saudaranya.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam Syafiqah Sofian yang mewakili Guan Eng dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh.

"Mahkamah membenarkan permohonan pemohon (Guan Eng) untuk mendapatkan pelepasan pasport, bagaimanapun pemohon perlu memulangkan pasport dalam tempoh lima hari dari tarikh 5 Mac ini," kata hakim itu.

Terdahulu, Syafiqah dalam hujahnya berkata anak guamnya memerlukan pasport itu untuk ke Singapura dan beliau akan berlepas ke negara berkenaan pada jam 4.30 petang esok dan akan kembali ke sini, Ahad ini (5 Mac).

"Pada 1 Mac lepas, pemohon (Guan Eng) telah dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa bapa saudaranya, Lim Kit Hee telah meninggal dunia. Oleh itu, anak guam saya ingin menghadiri upacara pengebumian mendiang di Orchid Hall, Singapura, esok sebagai penghormatan terakhir kepada mendiang.

"Anak guam bukan seorang yang ‘flight risk’ kerana ahli keluarganya menetap di Malaysia, malah beliau (Guan Eng) juga turut dikenali ramai kerana faktor kerjayanya sebagai Ahli Parlimen Bagan dan pengerusi DAP.

“Selain itu, beliau juga dikenakan jaminan tinggi iaitu RM1 juta dan tidak pernah gagal menghadiri prosiding perbicaraan kecuali sakit atau perlu menghadiri sidang Parlimen,” katanya.

Farah Yasmin tidak membantah permohonan itu, namun berkata Guan Eng perlu mengembalikan pasport berkenaan sebelum pendengaran kesnya pada 17 Mac ini.

Lim, 62, kini dibicarakan atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, di Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek berkenaan dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Lim juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang