web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjenayah Kedai Dobi Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 3:58PM

A Asmadi menunjukkan barang rampasan di sidang media mengenai kes samun dobi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menyewa kereta bernombor pendaftaran palsu sebelum melakukan kegiatan samun dengan mensasarkan kedai dobi layan diri, itu taktik digunakan sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Dobi Tiguan yang turut mensasarkan inap desa dan kedai-kedai sebagai lokasi untuk melakukan jenayah.

Bagaimanapun, kumpulan itu lumpuh apabila polis berjaya menahan tiga suspek dipercayai ahli kumpulan terbabit, selepas menerima sembilan laporan kecurian wang di kedai dobi di sekitar Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima sembilan laporan kehilangan wang di kedai dobi layan diri di Tambun, Ampang Baru, Simpang Pulai dan Kampung Rapat.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berjaya menahan tiga suspek berusia 21 hingga 26 tahun pada 25 April lalu.

“Ketiga-tiga suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, suspek pertama 29 kes, suspek kedua 5 dan ketiga 13 kes, kesemuanya membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

“Penahanan mereka turut membawa kepada penemuan alatan pecah rumah seperti drill, pemotong, spanar, sarung tangan dan jack kereta termasuk pakaian digunakan suspek ketika melakukan jenayah,” katanya dalam sidang media di IPD Ipoh, di sini, hari ini.

A Asmadi berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek terbabit dalam 9 kes curi di kedai dobi layan diri, 4 pecah rumah dan tiga kes pecah kedai dengan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM50,000.

Menurutnya, polis kini sedang menjejaki seorang lagi suspek yang masih bebas manakala kesemua yang ditahan direman sehingga hari ini. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Aktif Pecah Pejabat Kerajaan, Sekolah, Geng Capang Akhirnya Tumpas

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 16 Rekod Jenayah Maut Ditembak Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang