web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktif Pecah Pejabat Kerajaan, Sekolah, Geng Capang Akhirnya Tumpas

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 8:45PM

Fisol Salleh (dua, kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dari kumpulan Geng Capang - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Selepas sekian lama aktif menjalankan kegiatan pecah bangunan kerajaan serta sekolah di Kedah serta Perak sejak awal tahun ini, kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Capang akhirnya tumpas juga.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kumpulan disertai 11 individu terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita itu ditahan menerusi 'Ops Capang' dilaksanakan kelmarin di empat lokasi dalam negeri ini serta Perak.

Menurut beliau, kesemua penjenayah berusia 17 hingga 41 itu berasal dari Baling dan kebanyakan mereka mempunyai talian persaudaraan.

"Melalui penahanan mereka, kami percaya telah menyelesaikan 27 kes pecah bangunan kerajaan dan sekolah. Sebanyak 25 kes itu dilakukan itu terletak di Kedah manakala dua lagi di Perak.

"Perbuatan itu biasanya dilakukan awal pagi dengan cara memotong pagar di belakang bangunan tersebut. Mereka mungkin menganggap pejabat kerajaan dan sekolah sebagai sasaran mudah kerana lokasi terbabit tidak berpenghuni menakala pengawal pula sering berada di depan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Jelas Fisol, kumpulan terbabit jika memecah masuk sekolah sering menjadikan bilik guru sebagai sasaran.

“Antara barangan yang disasarkan adalah komputer riba serta tablet milik kerajaan,” katanya.

Beliau menambah, ujian urin terhadap kesemua suspek mendapati lapan daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Dalam operasi itu, kami turut merampas beberapa barangan antaranya enam tablet, 20 telefon bimbit, tiga kamera, 10 beg sandang, peralatan pecah rumah serta tiga buah kereta yang sering digunakan ketika jenayah tersebut dilakukan.

"Pihak kami turut merampas walkie talkie yang digunakan suspek, dipercayai sebagai alat penghubung ketika mereka melakukan kegiatan tersebut," katanya.

Fisol memaklumkan, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun, denda atau sebatan untuk kesalahan kali kedua.

"Kesemua suspek kini direman hingga 25 Mei depan bagi siasatan lanjut," katanya. - Getaran, 23 Mei 2024.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang