web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NRECC Jalin Kerjasama Erat Dengan Kerajaan Negeri Dalam Tadbir Urus Alam Sekitar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 7:00AM

NRECC juga sedang merangka ketetapan dasar dan proses utama berkaitan pasaran karbon di bawah The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan Perjanjian Paris. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan aktiviti pembangunan dapat diseimbangkan dengan keperluan pemeliharaan alam sekitar bagi mencapai agenda kelestarian negara.

NRECC dalam kenyataan memaklumkan perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) Bilangan 1, 2023, yang diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Selangor, kelmarin.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad itu turut membincangkan kerjasama untuk memperkasakan pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon secara menyeluruh bagi mencapai sasaran pengurangan karbon secara mutlak melalui program yang dilaksanakan oleh NRECC dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC). 

“Program itu seperti mengutamakan perolehan hijau di peringkat tempatan menerusi Program Perolehan Hijau Kerajaan, mempergiat penyertaan dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030, pembangunan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL) dan Inisiatif Rumah Ibadat Hijau, menggalakkan pengurusan gas rumah kaca di peringkat organisasi menerusi Low Carbon Operating System (LCOS) dan mempercepat pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik,” menurut kenyataan itu. 

Selain itu mesyuarat turut membincangkan berkenaan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut pada 21 Okt, dengan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Johor selain penganjuran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 pada 4 hingga 6 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan tema “Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action”.

NRECC juga sedang merangka ketetapan dasar dan proses utama berkaitan pasaran karbon di bawah The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan Perjanjian Paris.

“Sesi libat urus dengan pihak pemegang taruh termasuk kerajaan negeri akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon oleh entiti awam dan swasta di Malaysia adalah selari dengan keputusan UNFCCC dan mengambil kira kepentingan negeri-negeri di Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Peruntukan RM50 Juta Untuk Projek Tebatan Banjir Di Negeri Sembilan

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Rakyat Mahu Kestabilan, Kemajuan, Reformasi - Nik Nazmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki