web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belum Ada Keputusan Mengenai Rangkaian 5G Lain – Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 10:00PM

Fahmi Fadzil hari ini turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai pelancaran liputan 5G, yang katanya adalah 54.7 peratus di seluruh negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet akan membincangkan pelancaran rangkaian 5G di negara ini pada mesyuarat mingguannya Rabu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan, terutamanya sama ada membenarkan rangkaian dwi borong atau rangkaian 5G lain, selain daripada Digital Nasional Bhd (DNB) yang kini merupakan entiti tunggal yang diberi kuasa untuk menggunakan rangkaian 5G di negara ini.

“Sekarang ini kami masih dalam proses semakan. Kami telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkaitan dan relevan.

“Kami belum buat keputusan lagi. Jadi, kita kena tunggu pengumuman bila ia berlaku,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis kemasyarakatan di Lembah Pantai, hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas laporan berita oleh Reuters bahawa rangkaian 5G kedua akan diperkenalkan menjelang Januari tahun depan bagi mengelak monopoli.

Laporan itu memetik sumber yang menyatakan rancangan untuk rangkaian kedua boleh bergantung pada capaian liputan 5G yang dicapai oleh DNB.

Sasaran ialah 80 peratus daripada kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.

Malah, The Vibes pada bulan lalu melaporkan, sekurang-kurangnya empat syarikat telekomunikasi utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, secara kolektif dikenali dalam industri sebagai "CDMU", menyokong bidaan untuk rangkaian kedua itu.

Pada dasarnya, ia satu langkah untuk mengembalikan rangkaian dwi borong yang sebelum ini ditolak kerajaan.

Fahmi hari ini turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai pelancaran liputan 5G, yang katanya adalah 54.7 peratus di seluruh negara, manakala Kuala Lumpur sudah mencapai 97 peratus liputan rangkaian.

“...maksudnya untuk peringkat seterusnya, 25 peratus kawasan berpenduduk di mana kita perlu menggunakan 5G, tidak akan berada di Kuala Lumpur, tetapi di kawasan lain.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membimbing proses itu untuk memastikan kita mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2023,” katanya. - The Vibes, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi