web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 11:09AM

Lima lagi kenderaan turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang namun setakat ini jumlah dan status mangsa belum diketahui. - Gambar JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa S.Karthigesu, 52, yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian ini pada 8.27 malam tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya diketuai Pegawai Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah digerakkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, mangsa dilaporkan tersepit di dalam kereta, mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Jurucakap itu berkata lima lagi kenderaan turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang namun setakat ini jumlah dan status mangsa belum diketahui sepenuhnya kerana mereka dihantar ke hospital oleh orang awam.

Beliau berkata lebih 10 pokok tumbang di sekitar lokasi kejadian dan jentera bomba turut mengalami kesukaran untuk bergerak ke lokasi berikutan terdapat tiang elektrik tumbang merintangi jalan raya.

"Operasi mengalihkan pokok tumbang telah dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuklah polis, KKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Pantai Remis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki