web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Siapa Mantan Menteri Disiasat SPRM? ‘Jika Beliau, Kami Tak Terkejut’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 9:35PM

Siasatan terbabit termasuklah mengambil keterangan daripada kedua-dua tokoh itu berkaitan dengan dokumen sulit, seperti didedahkan menerusi Pandora Papers (Kertas Pandora) sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Negara hari ini dikejutkan dengan laporan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap seorang mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri, berhubung isu penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Siasatan terbabit termasuklah mengambil keterangan daripada kedua-dua tokoh itu berkaitan dengan dokumen sulit, seperti didedahkan menerusi Pandora Papers (Kertas Pandora) sebelum ini.

Justeru, laporan berhubung siasatan ke atas dua individu terbabit mula mencetuskan persoalan dan carian siapakah identiti mereka, terutama mantan menteri berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperoleh Getaran daripada sumber SPRM, mantan menteri berusia lingkungan 80-an itu pernah memegang jawatan kanan di sebuah kementerian.

Menurutnya, mantan menteri itu pernah berkhidmat bersama Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siasatan didepani individu terbabit, katanya, adalah kesinambungan daripada penyiasatan awal dijalankan SPRM terhadap pendedahan dokumen sulit dibuat International Consortium of Investigative Journalist (ICIJ), berhubung transaksi disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

“Mantan menteri kewangan itu pernah dipanggil untuk diambil keterangan pada Februari lalu dan kita (SPRM) memang sedang menyiasat tokoh tersebut, dengan sudah memanggil pelbagai pihak sebagai saksi.

“Ia bagi memastikan siasatan penuh dapat dilakukan sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah, sekiranya terdapat sebarang salah laku dibuat.

“Kita sememangnya sedang meneliti secara terperinci terhadap dakwaan dikeluarkan ICIJ, kita mengharapkan agar orang ramai bersabar dan menunggu tindakan seterusnya dari SPRM kerana kita memandang serius pendedahan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga tidak menolak dakwaan kemungkinan akan ada lebih ramai pemimpin dan ahli perniagaan dipanggil SPRM berhubung pendedahan Pandora Papers berkenaan.

“Selain 14 saksi termasuk anak kepada mantan menteri itu dipanggil, saya tidak menolak akan ada lagi individu dipanggil berhubung pendedahan Pandora Papers terbabit,” katanya.

Media hari ini melaporkan, seorang mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri, disiasat SPRM selepas disyaki terbabit penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Siasatan itu, menurut sumber, turut menumpukan kepada pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi mantan menteri terbabit.

Ujarnya, difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham itu dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan mata wang ringgit pada hujung 1990-an.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini, mengesahkan penyiasatan terhadap mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu.

Jelasnya, siasatan tertumpu kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

Sementara itu, sumber veteran UMNO ketika dihubungi Getaran memaklumkan, pihaknya tidak terkejut sekiranya benar pemimpin ‘otai’ berkenaan terbabit dan didakwa di mahkamah atas tindakan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meneruskan siasatan terhadap dokumen Pandora Papers.

“Kalau beliau ditahan SPRM selepas ini, memang benarlah apa didakwa melalui pendedahan Pandora Papers itu kerana apa dilakukannya sehingga menyebabkan berbilion ringgit wang negara hilang, tidak patut dilakukan. Kita sememangnya sudah tahu perbuatan dan permainannya.

“Siasatan terperinci membuktikan bahawa SPRM mungkin sudah membuka ‘kotak’ Pandora berkenaan kes kleptokrasi terbesar dalam sejarah Malaysia atau dunia,” katanya.

Pandora Papers adalah pendedahan ber­kaitan dokumen sulit golo­ngan kaya dan berpengaruh dunia, termasuk di Malaysia yang me­nyembunyikan kekayaan ma­sing-masing dengan menggunakan perkhidmatan offshore.

Offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan di negara luar, dengan mempunyai rangkaian dan struktur kompleks merentasi sempadan bagi menyembunyikan pemilikan kekayaan dalam bentuk wang serta aset.

Dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari negara ini.

Pada 4 Oktober 2021, Anwar yang ketika itu mewakili pembangkang mengemukakan notis usul kepada mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta supaya satu sesi perbahasan diadakan berkaitan pendedahan Pandora Papers.

Usul dikemuka Anwar, ketika itu sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Port Dickson, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pada 6 Oktober 2021, usul berkenaan ditolak Azhar Azizan dengan alasan Pandora Papers tidak perlu disegerakan kerana mesyuarat sidang Dewan Rak­yat harus didahulukan dengan aturan mesyuarat.

Tidak berhenti di situ, Anwar kemudian sekali lagi mengemukakan notis rayuan terhadap usul ditolak untuk meminta sesi perbahasan diadakan berkaitan pendedahan Pandora Papers pada 7 Oktober 2021.

Susulan itu, pada 25 Oktober 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan SPRM, Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis melakukan siasatan.

Kata Wan Junaidi, pihak berkuasa dan agensi berkaitan diberikan tempoh untuk menyelesaikan siasatan kerana aktiviti itu sudah berlaku kira-kira 10 tahun lalu. - Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 1 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah