web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengiktirafan Bersama Mampu Tarik Minat Pelajar Rusia Ke Malaysia - MQA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 9:09AM

Mohamed Khaled Nordin telah mengetuai mesyuarat dua hala antara delegasi Malaysia bersama Ayrat Gatiyatov

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Malaysia dan Rusia sepakat mewujudkan pengiktirafan bersama dalam sektor pengajian tinggi bagi memperluas akses mobiliti pelajar dan memudahkan usaha akreditasi program yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi (IPT) di kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, hasrat itu dinyatakan dalam mesyuarat dua hala antara delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Timbalan Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia, Ayrat Gatiyatov.

Menurutnya, pengiktirafan bersama kedua-dua negara diyakini mampu menarik lebih ramai pelajar Rusia untuk menyambung pengajian di Malaysia sama ada di peringkat pascaijazah mahupun praijazah.

“MQA akan memastikan hasrat ini terlaksana dengan jayanya. Kita akan membuat susulan untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan badan akreditasi di Rusia dalam masa terdekat untuk pengiktirafan bersama ini.

“Usaha ini selaras dengan hasrat menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat,” katanya selepas menghadiri Forum Kazan 2023.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian; Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Dr Abdul Razak Ahmad; Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ir Dr Ahmad Fauzi Ismail; Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Sharifudin Md Shaarani dan Pengarah Kanan (Akreditasi) MQA, Mohd Khairul Nizam Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, dalam merealisasikan usahasama itu, IPT tempatan juga perlu memainkan peranan memperhebat promosi program masing-masing ke Rusia agar lebih ramai pelajar dari negara itu datang ke Malaysia.

Katanya, IPT di Malaysia perlu mengambil kesempatan atas hubungan bilateral baik yang terjalin dengan Rusia ketika ini dalam memastikan lebih ramai pelajar menyambung pengajian di Malaysia berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).

“Konflik dihadapi Rusia dengan AS perlu digunakan kesempatannya untuk menarik pelajar Rusia ke Malaysia. Dengan kualiti pendidikan tinggi negara yang baik, kita mampu untuk menarik seramai mungkin pelajar mereka.

“Kita memiliki IPT hebat dengan infrastruktur yang baik, penawaran bidang program yang luas, kadar yuran amat berpatutan serta lokasi pelancongan menarik untuk dikunjungi, menjadikan Malaysia sebuah destinasi menarik untuk menyambung pengajian,” katanya. – Getaran, 24 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

3

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Bila Iman Teguh Di Dada...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka