web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela".

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 2:08PM

Kamal Adli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.

Hakim Daerah Ong Hian Sun juga mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Julai untuk sebutan kes.

“Pendakwaan kes polis belum lagi bersedia. Kami memohon penangguhan selama dua minggu. AGC (Jabatan Peguam Negara) telah berunding dan IO (pegawai penyiasat) telah dibimbing untuk menjalankan siasatan lanjut,” kata pendakwa raya.

Tertuduh yang muncul melalui pautan video pada Isnin diwakili oleh peguam Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC.

Wee tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan itu dan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah mengarahkannya untuk membuat permohonan ikat jamin.

Wee juga bertanya kepada pihak pendakwaan sama ada siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan dengan pertuduhan baharu atau yang sedia ada.

Pendakwa raya dalam reaksinya berkata: “Ia adalah atas pertuduhan sedia ada. Pertuduhan baharu masih belum ditawarkan.”

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela".

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman.

Pada 12 Mac, polis telah dimaklumkan mengenai kes di 1 Expo Drive, suspek didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton yang kemudian dirampas oleh polis sebagai bukti.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Kali Pertama Mengalami Perasaan Trauma Hingga Kurung Diri – Kamal Adli

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang