web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya Kerana Mahu Jadi Jaguh, Tak Wajar Kor Ming, King Sing Menghasut Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 8:52PM

Datuk Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Muafakat Nasional (MN) menyelar tindakan dilakukan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kes kompaun melibatkan seorang peniaga wanita bukan Islam di Kota Bharu, Kelantan, minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pemimpin di peringkat Persekutuan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, hanya kerana ingin menjadi jaguh yang mempertahankan bangsa tertentu. 

"Nasihat saya kepada kedua-dua menteri ini, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi, fikir dahulu impak yang akan timbul akibat kata-kata mereka.

“Keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum harus dipelihara, dan tidak perlu kita mempolitikkan setiap isu yang pada dasarnya boleh diselesaikan secara musyawarah serta kesepakatan bersama,” katanya.

Terdahulu, seorang peniaga wanita bukan Islam dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana berpakaian tidak sopan, apabila hanya mengenakan seluar pendek di paras punggung ketika berada di tempat awam.

Sehubungan itu, Kor Ming  meminta MPKB supaya menarik semula kompaun dikeluarkan terhadap peniaga wanita itu.

King Sing pula dalam satu kenyataan berbeza mendesak kepimpinan PAS Kelantan mencontohi negara Islam lain yang lebih maju dalam sektor pelancongan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, tindakan dilakukan Kor Ming yang mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa sebab serta bukti yang kukuh telah menganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Tegasnya, campur tangan itu akan mengeruhkan lagi hubungan antara kerajaan negeri serta Persekutuan yang pada ketika ini berada pada keadaan kritikal.

“Tindakan Menteri KPKT ini juga seolah-olah ingin mencetuskan prejudis antara kaum di negeri Kelantan Darul Naim, sedangkan sejak sebelum merdeka lagi rakyat pelbagai kaum di negeri Pantai Timur tersebut hidup dalam keadaan harmoni. 

"Negeri itu juga masih aman serta tenteram walaupun ditadbir oleh pemimpin konservatif Muslim yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya. 

Mengulas kenyataan King Sing pula, Zuraida menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin dari Sarawak itu disifatkan sebagai melulu dan tidak bertanggungjawab.

“Sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, seorang menteri Persekutuan haruslah menyatakan fakta yang jelas. 

"Perkara itu nampaknya tidak dilakukan oleh King Sing sekalipun beliau mempunyai akses penuh kepada data pelancongan negara sama ada domestik atau  antarabangsa,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang