web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


STAR Perlu Laksana, Perluas Projek Bitara MADANI Dengan Segera - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 9:00PM

Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memberi fokus kepada usaha menyelesaikan kesulitan dan masalah dihadapi rakyat. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pasukan Petugas Khas Sektor Awam (STAR) perlu melaksana dan memperluaskan Projek Bitara MADANI pada kadar segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memberi fokus kepada usaha menyelesaikan kesulitan dan masalah dihadapi rakyat.

Menurut beliau, Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang bermesyuarat hari ini membuat ketetapan sedemikian, selaras dengan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

“Kerajaan amat komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemudahan menjalankan perniagaan. 

“MTMM telah memberi tumpuan kepada dua projek baharu Bitara MADANI iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Anwar, kerajaan menerusi projek menaik taraf fasiliti sedang mengambil langkah segera bagi menambah baik 436 fasiliti dan klinik kesihatan di bawah KKM.

“Di bawah projek ini, semua fasiliti disasarkan memasuki peringkat pelaksanaan menjelang akhir tahun 2023.

“Bagi memperluas pelaksanaan Gerai MADANI pula. kaedah penambahbaikan yang digunapakai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilaksanakan untuk menaik taraf 20 medan selera di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) terpilih,” katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian, langkah menambahbaik akan mengubah penampilan serta kemudahan agar lebih bersih dan indah, demi keselesaan rakyat.

Semua projek projek Bitara MADANI jelasnya, sentiasa mendukung rukun Malaysia MADANI dan menggunakan pendekatan ‘The Whole of Government’.

“Di bawah pendekatan ini,  ketua projek adalah terdiri daripada kalangan pegawai kanan Perkhidmatan Awam di Kementerian/Jabatan berbeza dengan Kementerian/Jabatan yang bertanggungjawab terhadap projek yang dikenal pasti. 

“Ini bagi memastikan setiap pelaksanaan projek Bitara MADANI dinilai daripada perspektif berbeza dan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau menegaskan, tumpuan penuh kepada kos rendah memungkinkan pelaksanaan penyelesaian pada kadar segera berasaskan penggunaan sumber sedia ada.

“Ia menjamin kesemua projek di bawah Bitara MADANI selari dengan anjakan reformasi penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, berintegriti dan berkualiti, dalam memberi khidmat kepada masyarakat serta berupaya memberi kesan secara langsung kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan